Qatar Airways Tawar 100,000 Tiket Percuma Kepada 'Frontliners' Kesihatan Dunia

TERKINI
May 12, 2020 - 06:09 PM


Wow..Qatar Airways nak beri 100,000 tiket penerbangan percuma lah!

Tapi korang jangan melompat gembira dulu sebab tawaran tiket percuma pergi-balik Kelas Ekonomi tersebut hanya dikhaskan kepada golongan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia atau dalam erti kata mudah cuma untuk golongan 'frontliners' kesihatan sahaja!

Jadi kalau korang bukan dalam kategori pekerjaan itu, korang beli jela tiket sendiri ya...hehehe

Qatar Airways yang pernah dinobatkan sebagai "Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2019" itu membuat inisiatif murni seperti ini sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.

"Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma itu," umum syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan pada Isnin lapor agensi berita Anadolu.

Tawaran istimewa itu mula dibuka hari ini (12 Mei) sehingga 18 Mei dan pendaftaran boleh dibuat di laman web qatarairways.com/ThankYouHeroes.

"Mereka yang menerima kod promosi boleh menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma untuk penerbangan yang dikendalikan Qatar Airways - ke mana sahaja di rangkaian global syarikat penerbangan ini," tambah kenyataan itu.

Qatar Airways akan kembali membuka semula operasi tidak lama lagi selepas ditangguhkan sementara kerana wabak Covid-19.

Sumber: Harian Metro

Destination: