Fans Selangor Berang Pemain Sendiri Pakai Jersi Kelab Lain
SUKANSebagai seorang pemain bola sepak yang bertaraf profesional, sikap menghormati pasukan yang diwakili perlu dititikberatkan lagi-lagi melibatkan pemakaian jersi.
Ini kerana, dalam bola sepak, jersi merupakan identiti sebuah pasukan dan pemakaian jersi kelab lain dianggap sebagai perbuatan yang tidak hormat akan kelab yang diwakili.
Terkini, tindakan pemain Selangor memakai jersi kelab lain dalam sebuah acara telah menimbulkan kemarahan para peminat. Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, pemain tersebut dilihat memakai jersi Manchester United ketika Program Madani Rakyat di Kuala Selangor.
Mak oi pakai jersi MU dalam program rasmi team sendiri. Kau tu dah lah player, jemputan rasmi, sponsor pun rasmi, nak promote team pun rasmi. Alih-alih pakai jersi yang takde kena mengena dengan team rasmi.
— Adel Kamal (@adelkamall) February 25, 2024
Serba serbi sambil lewa jela korang ni semua.
Kahkahkah geramnya aku https://t.co/Lpz0EYgQoi pic.twitter.com/b2Z5RyU0Pu
— Pasad (@MOFASAD) February 26, 2024
Menurut kenyataan Ultra Selangor yang dikeluarkan di X, tindakan tersebut jelas menunjukkan bahawa pemain tersebut tidak hormat akan kelab dan pihak pengurusan perlu memainkan peranan berkenaan dengan hal tersebut.
"Pintar dalam bekerja, bodoh dalam urusan menjaga kebanggaan. Kelab tiada protokol kah? Terlepas pandang? Perkara remeh?
“Jika benar kiblatnya bola sepak Eropah, kena tahu pula di Eropah tiada pula perkara lucu ini berlaku bahkan jika ada nescaya sudah kena terajang keluar si pelaku.
“Acara kelab lain tapi identiti kelab lain pula dipertontonkan. Sungguh lucu!,” kata Ultrasel.
Selain meluahkan kekecewaan atas perbuatan pemain tersebut, Ultra Selangor juga dilihat menghentam pihak atasan yang membenarkan kejadian tersebut berlaku.
“Kalau pekerja pun tak boleh nak ‘respect’ (hormat) majikan, ambil tindakan. Bukan tutup mata, senyum lebar. Majikan ada kuasa untuk denda pekerja yang tak boleh nak hormat majikan.
“Sering diingatkan dan baru beberapa hari lepas juga dalam ucapan ‘Dirgahayu ke-88’ menekankan soal menjaga nama kebanggaan. Jangan meremehkan soal tersebut! Kelak kelucuan demi kelucuan ditonjolkan maka nilai kebanggaan itu sama tinggi dengan kebodohan,” tegas Ultrasel.
Di akhir kenyataan tersebut, Ultrasel turut menegaskan soal menjaga nama serta maruah pasukan adalah sangat penting bagi setiap pemain dan tiada individu yang lebih besar daripada kelab.
Baru sahaja dipesan, jangan benarkan benda benda lucu berlaku! #TheFamOuS#MentalitiJuara#TerusMembudayakanSokongan#WujudWarisWatan#SelangorNoSurrender pic.twitter.com/srYSdcZlna
— ultra Selangor (@ultraSel_) February 26, 2024
Sumber: X