Tan Cheng Hoe Tinggalkan Selangor Selepas Dapat Tawaran Kelab Thailand, Peminat Ramal 4 Jurulatih Sebagai Pengganti

SUKAN
February 29, 2024 - 10:38 AM


Malam semalam, berita tentang ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memilih untuk meninggalkan pasukan Selangor telah menggemparkan arena bola sepak tempatan. Keputusan tersebut telah disahkan menerusi satu kenyataan di semua laman sosial rasmi Selangor FC.

Perpisahan antara Tan Cheng Hoe dengan Selangor FC (SFC) berlaku selepas pengendali itu mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya secara serta-merta.

Keputusan drastik tersebut pastinya memberi kesan kepada kem Selangor memandangkan saingan Liga Super 2024/25 akan bermula pada bulan Mei ini dan persiapan pasukan bagi menghadapi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pastinya akan terjejas.

Selain pengumuman tersebut, apa yang menarik perhatian peminat adalah pendedahan Tan Cheng Hoe yang akan berkelana di Thailand untuk membimbing sebuah kelab disana.

Hal tersebut pastinya menyemarakkan lagi api spekulasi di kalangan peminat yang rata-ratanya merasa aneh dengan keputusan drastik tersebut.

Tidak lama selepas kenyataan itu dikeluarkan, identiti kelab Thailand yang bakal disertai bekas jurulatih Kedah itu mula didedahkan menerusi laman sosial.

Menurut wartawan Astro Arena, Police Tero FC yang kini berada di tangga 14 dalam saingan Liga Premier Thailand berminat untuk menandatangani Tan Cheng Hoe.

Kini, timbul persoalan baharu mengenai siapakah yang akan menggantikan Cheng Hoe sebagai pengendali Selangor dan berikut adalah empat calon jurulatih yang dicadangkan oleh peminat di media sosial.

Difahamkan, Nidzam Jamil yang merupakan pembantu jurulatih akan bertindak selaku pengendali sementara pasukan.

 

Sumber: X

Destination: