"Kali Pertama Dalam Sejarah!"- Tiga Perseorangan Lelaki Negara Lolos Ke Peringkat Suku Akhir Di Kejohanan Jelajah Dunia BWF

SUKAN
October 13, 2023 - 05:00 PM


Sejak Jelajah Dunia BWF ditubuhkan pada 2018, belum mana ada lagi tiga perseorangan lelaki negara mara ke peringkat suku akhir dalam sesebuah kejohanan.

Namun rekod ini berjaya dicipta oleh Lee Zii Jia, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao apabila mereka bertiga berjaya mara ke peringkat suku akhir dalam Arctic Open di Vantaa, Finland. 

Walaupun hanya sekadar peringkat suku akhir, namun ia merupakan satu pencapaian yang perlu diraikan. Hal ini kerana sudah lama Malaysia tidak memiliki wakil yang ramai dalam sektor perseorangan lelaki.

Kemaraan yang ditunjukkan oleh tiga wakil ini sekurang-kurangnya memberi petanda bahawa Malaysia tidak lagi bersandar kepada seorang wakil sahaja.

Lee Zii Jia akan bertemu dengan Jun Hao dalam pertembungan lapan terakhir pada malam ini selepas menewaskan wakil Indonesia, Chico Aura 21-17, 18-21, 21-11 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung selama satu jam.

Manakala, Ng Tze Yong pula akan berhadapan dengan wakil dari China, Lu Guangzu selepas menundukkan bekas pemain nombor dua dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan dengan 21-15, 21-16. 

Pertemuan antara pemain badminton bebas, Lee Zii Jia dengan wakil dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Leong Jun Hao akan menjanjikan kemaraan Malaysia ke peringkat separuh akhir.

Kredit: The Star

Gambar: X msws_Tracker

Destination: