Betul Ke 2 Parti Politik Malaysia Ni Rupanya Ahli 'Liberal International Organisation' Yang Ada Kaitan Dengan Israel?
TERKINISejak akhir-akhir kekejaman rejim Zionis Israel semakin menjadi-jadi membuatkan satu dunia memboikot serta begitu marahkan semua pihak yang ada kaitan dengan negara haram berkenaan.
Beberapa hari ini di media sosial terutama TikTok terdapat sebuah video viral yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila dua parti politik negara termasuk salah satunya yang sedang memimpin dan menjadi Kerajaan ketika ini terpampang di laman web Liberal International Organisation.
interesting finding…. harap ada penjelasan dari PKR & Gerakan.. pic.twitter.com/2CwvYCXULL
— Kamal 👑 (@kamalazizKinG) November 2, 2023
Laman web berkenaan didakwa mempunyai kaitan dengan Israel dan negara sekutunya yang sama-sama menyokong terhadap penindasan kejam yang dilakukan terhadap penduduk Palestin.
Di dalam video viral berkenaan -- apabila dibuat carian di bahagian 'Members by Region' dan klik di 'Asia' ternyata ada dua nama parti politik Malaysia yang terpapar iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).
Apa yang lebih memeranjatkan turut tersiar adalah nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR, beserta alamat Ibu Pejabat PKR dan nombor telefon mereka.
Pendedahan video berkenaan ternyata mengundang rasa marah pengguna media sosial terhadap kedua-dua parti politik tersebut.
Bagaimanapun, kesahihan perkara itu belum dapat dipastikan dan sejauh mana kaitan mereka terhadap Liberal Organisation dan pihak Israel juga masih menjadi tanda tanya.
Namun hari ini media tempatan melaporkan -- Ketua Penerangan PKR yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menafikan dakwaan video berkenaan bahawa parti politik itu menjadi ahli kepada Liberal International Organisation.
Menurut beliau ia merupakan percubaan terancang untuk mengaitkan parti tersebut dengan Liberal International Organisation.
“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International," tegasnya!
Beliau berkata, parti tersebut bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin.