Dewan Perwakilan AS Luluskan RUU Untuk Haramkan TikTok
TERKINIDewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang bersidang pada Rabu telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) yang akan memberikan masa kepada pemilik TikTok ByteDance kira-kira enam bulan untuk menarik balik Tiktok dari negara itu atau berdepan pengharaman.
RUU itu diluluskan dengan undi 352-65, dengan 15 undi dari parti Republikan manakala 50 undi dari parti Demokrat yang menentang.
Bagaimanapun, keputusan itu dilihat kurang mendapat sokongan di Dewan Senat yang memilih untuk mengambil pendekatan berbeza tentang mengawal selia aplikasi milik asing yang menimbulkan kebimbangan keselamatan.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan atau perincian mengenai langkah seterusnya selepas RUU itu diluluskan.
Berdasarkan media di sana, Presiden AS, Joe Biden akan menandatangani RUU itu, yang dikenali secara rasmi sebagai undang -undang 'Melindungi Orang Amerika daripada Akta Aplikasi Kawalan Musuh Asing'.
Langkah yang diluluskan secara sebulat suara melalui jawatankuasa minggu lalu mengkehendaki syarikat induk TikTok, Bytedance menjual aplikasinya itu dalam tempoh 180 hari atau akan disekat di stor aplikasi Apple dan Googe di AS.
Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew yang kini berada di Washington berkata, pihaknya cuba menyokong sokongan untuk menghentikan RUU itu.
Sebagai info, TikTok mempunyai lebih 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada waktu ini.
Sumber: Sinar Harian