"Mesti Dah Biasa Disakiti" - Reaksi Tuan Badan Selepas Android Player Dalam Kereta Dirompak Raih Perhatian

TERKINI
March 19, 2024 - 11:34 AM


Selalunya apabila kita ditimpa kesusahan atau berada dalam situasi dimana barang-barang dicuri atau dirosakkan pastinya kita akan berasa marah dan sakit hati. Namun reaksi yang berbeza telah ditunjukkan oleh seorang gadis ini.

Melalui video yang dimuat naik di TikTok, seorang gadis telah berkongsi kejadian selepas keretanya dipecah masuk oleh seseorang.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat cermin kereta dibahagian penumpang depan pecah akibat tindakan si perompak yang mahu mencuri android player di dalam keretanya.

"Dia rompak kereta aku. Dia pecah kereta aku. Lepas itu dia ambil android player aku," ujarnya.

Namun, reaksi tenang yang ditunjukkan menjadi perhatian ramai. Bukan itu sahaja, gadis itu juga meminta untuk si perompak mengemas balik keretanya yang sudah bersepah.

"Kau dah tahu kau sepahkan kereta... Kau boleh kemas tak balik?" katanya. 

@surih4ti

puasa kelima

♬ original sound - suri hati

Ditanya oleh orang ramai berkenaan dengan reaksinya, gadis tersebut menjelaskan perkara itu sudah terjadi dan dia tidak mampu dilakukan apa-apa lagi. 

"Benda dah jadi I dah tak boleh persoalkan dah," katanya.

Dalam satu video yang lain, gadis tersebut memberitahu bahawa semasa dia membuat laporan polis, dia adalah mangsa kedua pada hari itu kereta dipecah masuk dan hilang android player. 

@surih4ti Replying to @. ♬ original sound - suri hati

 

Sumber: TikTok

Destination: