"Pihak Atasan Datang & Dah Ambil Tindakan" - Gadis Diganggu Komando Beri Penjelasan

TERKINI
January 30, 2024 - 04:46 PM


Beberapa hari yang lalu, tular sebuah video yang memaparkan seorang gadis diganggu oleh seorang individu yang mendakwa dirinya komando. Situasi tersebut dirakamkan oleh gadis tersebut yang kemudiannya dimuat naik ke akaun TikToknya.

Video tersebut menarik perhatian ramai sehingga ada yang risau akan keselamatan gadis berkenaan. Namun begitu, ada juga beberapa orang warganet yang meninggalkan komen yang kurang baik apabila mengatakan bahawa gadis tersebut terlalu ‘melayan’ individu terbabit sehingga menyebabkan dia diganggu.

@ailaa.z

Ragam Customer Terpaling Komando 🤣 Btw Kebanyakan Anggota mmg Begini ke perangai nya dengan Perempuan ? Igt perempuan Suka agak Nya 🙄

♬ original sound - Aila

Terbaru, gadis yang bekerja sebagai ejen insuran kenderaan itu menerusi TikTok miliknya @ailaa.z menjelaskan perkara sebenar yang terjadi pada ketika itu.

Menurut gadis yang membahasakan dirinya sebagai Aila tersebut, situasi tersebut mulanya masih terkawal kerana ada beberapa lagi rakan kerjanya namun ianya menjadi bertambah ‘melalut’ selepas rakannya itu pulang dan dia sedang bersendirian.

Dia berkata tujuan dia memuat naik video tersebut untuk menyebarkan kesedaran buat pekerja sepertinya, lebih-lebih lagi buat kaum Hawa.

Gadis itu turut berkongsi mengapa dia tersenyum pada ketika itu ialah kerana dia hanya menghormati individu tersebut sebagai pelanggan dan ia juga bagi memastikan dia dalam keadaan yang selamat.

“Anggota tu ialah customer Aila, at first Aila buat kerja tu macam biasa je lepas tu ada beberapa perkataan yang dia cakap buat Aila tak selesa, sebab tu Aila rekod,” katanya.

Disebabkan video dirinya diganggu itu viral, Aila menjelaskan bahawa pihak atasan komando terbabit telah datang dan memohon maaf kepadanya. Mereka juga melarang anggota terbabit daripada datang berurusan di premis tersebut dan jika dia datang ke situ, pihak atasan meminta gadis berkenaan untuk menelefon polis.

Walaupun Aila takde mention nama atau post muka anggota tu, tapi dorang kenal anak buah dorang. Lepas viral video tu dorang terus datang minta maaf,” katanya lagi.

Di akhir video, Aila memberi sedikit nasihat dengan meminta kaum Hawa diluar sana untuk berhati-hati.

@ailaa.z

I hope that this video clarifies, and the other two will serve as a reminder to all women out there. 🫶🏻🩷🫶🏻🌹

♬ original sound - Aila

 

Sumber: TikTok

Destination: