[VIDEO] "Reporter Bebal" - Berlintas Langsung Di Israel Siap Acah Meniarap Takut, Padahal Elok Ada Orang Berbasikal

TERKINI
October 24, 2023 - 11:38 AM


Seorang wartawan Romania di Israel berlakon ketakutan kononnya pihak Hamas sedang giat menyerang Israel menggunakan bom.

Menerusi video yang tular, wartawan yang sedang membuat liputan di Israel mengatakan mereka perlu kekal dalam posisi meniarap untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun usaha wartawan tersebut untuk memburukkan pejuang Hamas bukan sahaja tidak berhasil, bahkan turut mengundang gelak besar rakyat Malaysia.

Ini kerana ketika laporan dibuat, kelihatan beberapa orang awam sedang santai menunggang basikal dan ada yang berehat di bawah sebatang pokok dengan tenang di kawasan berhampiran.

Bahkan tiada sebarang bunyi letupan bom yang kedengaran.

“Wartawan Romania di Israel memberi laporan dalam keadaan meniarap kerana katanya Hamas sedang giat menyerang Israel.

“Dalam masa sama, kelihatan orang awam berjalan dan berbasikal secara santai berhampirannya,” ciap pengguna X.

Perkongsian itu mencetuskan rasa lucu orang ramai sekali gus menjadi bahan sindiran pengguna media sosial.

Malah, ada yang mengatakan tindakan wartawan tersebut seperti memalukan industri media kerana laporannya tidak selari dengan situasi di kawasan yang berlaku.

“Hamas punya power serang Israel guna basikal ja, tak payah guna kereta kebal,” komen XXARRA.

“Nak jadi bodoh boleh tapi jangan rakam bagi satu dunia tengok,” selar Maju Saham.

“Pagi-pagi dah nampak kebodohan Zionis ni. Tolong, kami nak tengok lagi!,” perli Im.

Terdahulu, pempengaruh media sosial, Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank, menyindir cubaan media Israel untuk memfitnah pemimpin Hamas menerusi gambar-gambar yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menerusi platform X, Sofyank yang berbakat besar dalam bidang suntingan video kesan visual (VFX) berkata, kesan suntingan itu dengan jelas dapat dikesan.

Gambar-gambar yang disunting dan ditularkan itu menunjukkan pemimpin Hamas kononnya sedang bersantai dalam suasana mewah ketika rakyat Palestin sedang bergelut dengan peperangan.

Namun gambar-gambar itu dikritik hebat kerana hasil suntingannya sangat teruk dan jelas kelihatan.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: