US Pizza Bakal Tukar Nama Jika Raih '10,000 Likes dan Comments'

TERKINI
November 20, 2023 - 03:24 PM


Beberapa hari lalu, US Pizza Malaysia telah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan bahawa perkataan “US” dalam nama mereka adalah bermaksud “kita” dalam bahasa Melayu selain menambah bahawa mereka adalah syarikat tempatan milik orang Islam.

Kenyataan tersebut dikatakan keluar selepas syarikat di Malaysia menghadapi pemboikotan jika mereka disyaki mempunyai kaitan dengan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat yang menyokong Israel.

Terbaru, US Pizza Malaysia di semua platform media sosialnya telah membuat hantaran berkenaan dengan penjenamaan semula dengan menukar nama kepada KiTA Pizza yang membawa pendekatan lebih dekat dengan masyarakat tempatan.

Dalam satu hantaran di Instagram, syarikat itu bertanya kepada pengikut sama ada mereka mahu syarikat itu menukar namanya kepada nama perniagaan yang lebih setempat. Bagaimanapun perkara itu akan dilakukan sekiranya gambar berbentuk video yang dimuat naik itu mencecah ribuan komen dan juga tanda suka.

 

“Korang nak kita tukar nama?

“Jika posting ini mendapat 10,000 tanda suka dan komen, kita tukar nama!” katanya di Instagram pada Sabtu.

Difahamkan slogan jenama itu juga akan ditukar kepada Bahasa Melayu iaitu Pizza Professional yang sebelum ini menjadi 'The Pizza Professionals'.

Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberi komen dan mencadangkan nama jenama itu ditukar kepada 'MY Pizza'. Menurut mereka, MY Pizza boleh membawa maksud Malaysia Pizza atau 'pizza tersebut milik saya', jika diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

Destination: