Wanita Sedih Anak Angkat Yang Dijaga Selama 13 Tahun Diambil Keluarga Kandung Secara Paksa

TERKINI
January 18, 2024 - 01:41 PM


Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan seorang wanita kesedihan selepas anak angkatnya telah dituntut oleh ibu kandungnya tanpa kerelaan. Insiden tersebut pada asalnya berlaku pada hujung tahun 2023. Namun, ia mula tular di TikTok baru-baru ini sehingga mengundang simpati netizen.

Ramannie yang memuat naik video tersebut berkongsi mengenai anak angkatnya, Uzma, telah diambil kembali oleh ibu kandungnya. Sedangkan dia telah menjaga Uzma sejak lahir selama 13 tahun.

@ramanniecakehomemade sakitnya ya Allah😭😭😭...uzma anakku,seandainya ko nmpk vdeo mma ni nak...mma mau ko tau,syg mama dgn ko tda tandingan...😭😭😭😭 #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Belum Siap Kehilangan - Fahimi Rahmat

"Sakitnya ya Allah. Uzma anakku, seandainya kau nampak video mama ini, mama mau kau tahu, sayang mama dengan kau tiada tandingan," katanya.

Ada juga sumber yang memaklumkan bahawa hal itu berlaku kerana tiada sebarang dokumen hitam putih yang direkodkan ketika Uzma diambil sebagai anak angkat sehingga menjadi punca ibu kandungnya datang untuk menuntut semula anak perempuannya itu.

Dalam video tular itu, turut kelihatan beberapa rakan sekolah Uzma juga datang ke rumah Ramannie, menangis kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan Uzma yang akan tinggal bersama ibu kandungnya di daerah lain.

"Uzma, mama sayang kau nak. Nanti cari mama kalau Uzma dah besar. Kalau mama tak ada, Uzma carilah kubur mama ye nak. Mama halalkan segala-galanya sampai air susu mama," kata Ramannie.

Selain itu, Ramannie ada berkongsi video yang menunjukkan Uzma dilihat tidak mahu mengikut ibu kandungnya, yang membuatkan ibu kandungnya terpaksa menarik Uzma untuk mengikutinya pulang.

@ramanniecakehomemade

 

♬ suara asli - Nia Tobing

Menurut Ramannie, beberapa hari selepas Uzma pulang ke pangkuan ibu kandungnya, Uzma telah dihalang berhubung dengannya. 

"Mama sakit nak, kenapa mereka tak bagi Uzma berhubung dengan mama.

"Uzma anakku, biarpun mama hanya ibu susuanmu, tapi mama dan abah tetap rasa terlalu sakit dengan apa yang terjadi ini. Bukan mama tak reda, tetapi dengan cara begini tanpa kerelaan mu, juga tanpa mama dan abah tahu keadaanmu sekarang.

"Terlalu sakit bagi kami, terus pula pihak mereka putuskan silahturahim antara kita nak. Sakit umpama kematian tanpa jasad bagi mama. Mama hanya mampu berdoa semoga Allah pertemukan kita, permudahkan segala urusan kita.

"Ingat kenangan kita Uzma, ingat semua sayangkan Uzma. Semoga Allah beri kita kekuatan dan berjumpa semula. Tidak di dunia, di akhirat ya nak," kata Ramannie.

 

Kredit: TikTok & The Reporter

Destination: