Wanita Trauma, Abang Grab Minta Tumpang Tandas Rumah Pukul Dua Pagi

TERKINI
June 25, 2024 - 12:24 PM


Rakyat Malaysia khususnya mereka yang duduk di bandar gemar menggunakan perkhidmatan penghantaran makananan. Tanpa disedari, golongan wanita terdedah dengan risiko untuk diganggu oleh 'Abang Grab' yang gatal dan tidak bertanggungjawab.

Satu insiden yang menakutkan telah dikongsi oleh seorang wanita di platform X.

Menurut Nisa (@qayyun), dia memesan makanan sekitar pukul 1 pagi. Selepas lebih kurang 30 minit, hadir seorang 'Abang Grab' di hadapan rumahnya. Jam waktu itu menunjukkan pukul 2 pagi. Namun, dengan tiba-tiba lelaki tersebut menyatakan dia ingin menggunakan tandas di dalam rumah Nisa. Nisa terpaksa menolak permintaannya dan mula berasa tidak senang.

Disebabkan mula berasa cemas dan risau akan keselamatan dirinya, Nisa menelefon pengawal keselamatan untuk memastikan bahawa lelaki tersebut telah meninggalkan rumahnya. Namun menurut pengawal keselamatan, lelaki itu masih berada di kawasan rumahnya dengan menunggu di hujung koridor. Lelaki itu menunggu di situ dalam 20 minit, biarpun pada awalnya dia menegaskan ingin menggunkan tandas.

Disebabkan insiden itu, Nisa tidak berani untuk mengambil makanannya. Nisa juga sempat merakam video ketika lelaki berada di depan rumahnya. Melalui rakaman tersebut, lelaki itu mempersoal jika dia ada menggangu Nisa,

Satu laporan telah pun dibuat pada Grab, namun pihak tersebut menyatakan tindakan yang diambil tidak boleh dinyatakan pada pihak umum.

 

Destination: