5 Negara Eropah Yang Anda Boleh Pergi Tanpa Kuarantin!

TRAVEL
March 21, 2022 - 01:07 PM


Menjelang pembukaan sempadan negara 1 April nanti, apa kata korang standby dulu bucket list travel di benua Eropah! Ini antara 5 negara Eropah yang boleh korang kunjungi tanpa perlu kuarantin sebaik tiba di sana! Maklumat yang terpapar di sini semuanya yang terkini. Take note, syarat di setiap negara mungkin berubah mengikut keadaan semasa kes covid di negara tersebut.

Antara garis panduan yang perlu korang patuhi adalah individu yang telah menerima vaksinasi lengkap boleh terbang ke luar negara bermula 11 Oktober yang lalu tanpa perlu memohon permit MyTravelPass. Sebelum pulang ke Tanah Air, anda perlu menjalani dua swab test iaitu sebelum penerbangan pulang ke Malaysia dan sebaik tiba di Malaysia

Anda juga perlu kuarantin sebaik tiba di Malaysia (5 hari untuk yang telah menerima booster, 7 hari untuk mereka yang lengkap 2 dos) dan menjalani ujian yang lengkap semasa tempoh kuarantin, kuarantin di rumah juga dibenarkan.

1. Sepanyol

Istana yang memukau, pelbagai pilihan makanan halal, kaya dengan budaya dan sejarah Islam, arkitektur yang mengangumkan dan bandar yang indah. Itu antara tarikan di Sepanyol! Semua pelancong antarabangsa dibenarkan masuk ke Sepanyol tidak mengira apa jua status vaksinasi. Anda tidak perlu menyediakan bukti vaksinasi lengkap atau keputusan negatif ujian PCR, dan tidak perlu kuaratin sebaik tiba di sana. Tetapi, anda perlu isi lengkap borang Health Control Form 48 jam sebelum ketibaan.  

2. Turki

Terkenal dengan keindahan alam semulajadi, ariktektur penuh sejarah dan pelbagai makanan yang halal dan lazat! Sebab itulah Turki menjadi salah satu negara yang sentiasa menjadi tarikan pelancong luar negara. Sebelum anda terbang ke Turki, ini antara peraturan Covid-19 di sana. Mereka yang tidak menerima sebarang vaksin, anda perlu lampirkan keputusan negatif ujian PCR, manakala meraka yang lengkap vaksin anda cuma perlu tunjukkan sijil vaksin anda yang ada di mysejahtera. Anda juga perlu mengisi Traveler Entry Form 4 hari sebelum ketibaan di Turki.

3. Perancis

Negara yang terkenal dengan jenama mewah fesyen antarabangsan, monumen ikonik, kaya dengan seni dan budaya Eropah, pelbagai pastri yang unik dan sedap! Tak pelik la kan kenapa Perancis yang dikenali sebagai 'City of Love' ini sentiasa menjadi tumpuan. Di Perancis anda tak perlu kuarantin jika anda telah lengkap vaksin. Lebih memudahkan, anda tak perlu menjalani sebarang ujian PCR sebelum atau sebaik tiba di negara tersebut. Anda cuma perlu memohon COVID Health Pass sebelum anda terbang ke sana!

4. Switzerland

Switzerland antara negara yang sentiasa menjadi tarikan pelancong antarabangsa kerana keindahan landskap yang cukup memukau! Dikelilingi gunung-ganang yang diselimut salji memutih, pekan klasik yang unik, kereta api yang menyusuri permandangan yang gah memang sesuai untuk anda yang sukakan alam semulajadi! Pelancong antarabangsa yang lengkap vaksin tidak perlu menjalani ujian PCR dan lampirkan keputusan negatif ujian PCR untuk memasuki Switzerland. Sudah tentu tidak perlu kuarantin juga! Bagaimanapun, anda perlu sentiasa memakai mask semasa berada di sana.

5. United Kingdom

Tak sah la kalau kita tak jumpa rakyat Malaysia di United Kingdom kan! Sentiasa menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana keindahan landskap, pelbagai tarikan yang menarik, seni dan pelbagai lagi. Sememangnya menjanjikan satu percutian yang seronok dan memuaskan! Untuk ke United Kingdom anda perlu menyediakan bukti anda telah lengkap vaksin dan lengkap mengisi borang ini 3 hari sebelum ketibaan!

 

Destination: