Kecoh! Baru Nak Masuk Thailand, Lelaki Malaysia Ditahan Imigresen Kerana "Belum" Keluar Thailand 5 Tahun Lepas!

TRAVEL
July 14, 2022 - 02:01 PM


Baru-baru ini, kecoh satu perkongsian facebook seorang lelaki Malaysia dimana beliau ditahan di pusat imigresen Thailand. 

Ini kronologi apa yang berlaku:

  • Pada 7 Julai hari Khamis, Jordan ingin melawat Dannok, Thailand untuk satu short getaway
  • Setibanya di checkpoint imigresen di Sadao, beliau diminta untuk menunggu
  • Pegawai imigresen ambil pasport dan terus masuk ke biliknya
  • Selepas 30 minit, pegawai imigresen tersebut mengatakan mereka menjumpai satu rekod yang menunjukkan Jordan telah masuk ke Thailand pada tarikh September 2, 2017
  • Sistem imigresen menyatakan bahawa Jordan tidak pernah "tinggalkan" Thailand dan secara tidak langsung beliau telah melakukan kesalahan kerana tinggal selama 5 tahun secara haram
  • Akibat kekangan bahasa, seorang lelaki (tour guide) cuba membantu Jordan dengan jadi penterjemah
  • Setelah selesai memberi peneragan, pegawai tersebut tinggalkan Jordan atas urusan yang lain
  • Lelaki tersebut bertanya sama ada Jordan ada membawa pasport lamanya atau boleh hubungi sesiapa di Malaysia untuk buktikan yang beliau telah keluar Thailand sebelumnya.

Jordan jawab tidak, dan lelaki tersebut memberitahu beliau bahawa ini adalah satu kesalahan yang berat! Jordan mungkin disenaraihitam oleh kerajaan Thailand selama 3 tahun dan perlu membayar saman sebanyak lebih kurang RM 2,400 untuk "bersihkan" rekod.

Jordan terus bertanya sama ada passport beliau boleh dipulang semula dan terus batalkan hasrat untuk masuk ke Thailand.

Beliau terpaksa menunggu lagi kerana pegawai tersebut sedang menguruskan hal lain.

Apa yang berlaku seterusnya:

  • Jordan panik dan terus hubungi kawanya dan kawan beliau meminta beliau untuk bertenang dan jangan membayar sebarang pampasan jika diminta
  • Kawannya menegaskan, jika beliau bayar ada risiko ditahan semula ketika pulang ke Malaysia atas sebab yang sama 
  • Sementara menunggu pegawai imigresen tersebut pulangkan pasportnya semula, Jordan bertemu seorang wanita bersama keluarganya
  • Mereka juga mengalami isu yang sama! Lebih mengejutkan mereka baru sahaja tinggalkan Betong pada 3 hari yang lalu namun sistem tetap menunjukkan mereka masih belum tinggalkan Betong.
  • Satu lagi mangsa adalah seorang pakcik
  • Jordan bernasib baik kerana kawan kepada pakcik tersebut ingin membantu dan boleh berbahasa Hokkien dan Thai 

Akhirnya nama beliau dipanggil masuk ke pejabat. Pegawai itu bertanya sama ada, ada sesiapa yang boleh mengambil gambar atau video pasport lama Jordan di Malaysia

Jordan nekad, beliau terus meminta pasportnya semula dan batalkan hasrat untuk bercuti di Thailand. Pegawai tersebut terus memulangkan pasportnya.

Hanya akibat satu sistem yang lemah, Jordan yang langsung tidak bersalah mungkin dikenakan tindakan undang-undang atau terpaksa membayar wang pampasan yang banyak.

(Bukti pada passport lamanya)

Wajar dijadikan pengajaran untuk korang yang nak bercuti di Thailand! Bawa pasport lama siap-siap supaya dapat elak insiden seperti ini berlaku!

 

Destination: