Pertama Kali Ke Vietnam? Ketahui 15 Tips Paling Penting Melancong Di Vietnam

TRAVEL
October 26, 2023 - 01:11 PM


Vietnam adalah syurga bagi pelancong yang sukaaa sangat bershopping. Kalau korang berhajat nak beli tudung Naelofar tapi tak mampu beli kat Malaysia, kat Vietnam tudung ni murah-murah je. Itu belum lagi tengok pakaian wanita, kain ela dan periuk belanga yang buat korang rambang mata sampai nak beli semua benda!

Tapi kalau nak ke Vietnam tu berhati-hatilah. Ini kami nak kongsikan 15 sisi gelap Vietnam yang ramai pelancong tak tahu supaya korang boleh lebih berjaga-jaga.

1. Tak perlu tukar duit RM kepada Dong sebab sekarang ni di Vietnam 99% boleh terima duit dalam Ringgit Malaysia.

2. Tinggalkan segala barang kemas anda sebab bila penjual lihat pakai barang kemas, kemungkinan 90% penjual akan naikkan harga barang.

3. Pickpocket di sini lebih dasyat dari yang biasa. Jadi pastikan beg sandang belakang di pindahkan ke depan untuk langkah berjaga-jaga.

4. Elakkan naik beca, sebab waktu naik diberikan harga lain, bila turun dicaj mahal hingga ratusan ringggit.

5. Elakkan naik teksi motor yang tak berdaftar sebab cajnya agak mahal.

6. Berhati-hati ketika shopping di Pasar Ben Thanh sebab penjual rata-rata agak kasar lagi-lagi kalau kita saja-saja pegang barang yang mereka jual.

7. Kebanyakkan baju size XXL akan dapat size XL tanpa anda sedar sebab kalau tak ada stock mereka akan buat-buat pergi ambil stock semata-mata untuk jahit 1 lagi X bagi jadi XXL.

8. Biasa barang yang di display atas meja lebih berkualiti dari barang yang penjual ambil di bawah meja.

9. Semasa bayar elakkan convert Dong ke RM atau RM ke Dong di depan kaunter sebab penjual akan caj mahal tanpa kita sedar.

10. Hati-hati sebelum beli barang sebab kalau nak minta tukar mereka akan kata “cannot exchange and no refund money.”

11. Bila ada penjual offer untuk rasa kacang rebus, elakkan ambil dan makan. Sebab penjual akan terus bungkus 1 atau 2 pot paksa beli dan dicaj dengan harga yang mahal.

12. Elakkan beli air yang ada ais di tepi jalan sebab ais kat sini sangat bahaya. Efeknya boleh sampai batuk, sakit tekak dan suara jadi serak-serak.

13. Elakkan pergi ke hospital sebab biasa untuk set appointment dengan doktor je akan di caj sehingga 500 usd!

14. Kalau ada apa-apa masalah terus refer pada Tour Guide yang bawa anda bersiar-siar di Vietnam.

15. #ExtraTips Bila nak beli cuba minta kurang hingga 50% dari harga tawaran. Kalau penjual tak bagi tinggalkan tempat tu, sebab 70% penjual biasa akan panggil semula untuk bagi terus harga yang anda dah minta kurang tadi.

Selamat Melancong Dan Melontar Di Vietnam!

Perkongsian dari Tempat Bercuti Best