[VIDEO] "Suka Hati Dia Je Selongkar Beg Pelajar" - Video 'Spotcheck' Guru Wanita Ni Undang Kecaman!

TERKINI
June 20, 2023 - 06:46 PM


Di zaman ledakan media sosial ketika ini -- bukan sahaja individu yang bergelar selebriti, artis atau Influencers sahaja yang sakan membuat content di akaun media sosial masing-masing, tak kurang juga mereka yang berkerjaya sebagai seorang pendidik.

Baru-baru ini viral seorang guru dengan pengikut lebih sejuta di TikTok memuat naik video dirinya melakukan ‘spotcheck’ tanpa kehadiran murid.

Video guru berkenaan nyata mengundang situasi yang kurang selesa bagi yang melihat dan tertanya-tanya sama ada perbuatan merakam video spotcheck itu sebenarnya boleh dilakukan tanpa kehadiran murid ataupun tidak.

Seorang pengguna Twitter, @amuse_gueule mempersoalkan tindakan guru terbabit yang terlihat tidak profesional.

“YBM, saya terima video ini melalui WhatsApp. Guru sedang meneliti perkara muridnya dan menyiarkan video mengenai perkara ini.

“Saya tidak tahu apa nama profilnya di TikTok tetapi cikgu memakai tali sekolah sebenar,” ujar pengguna Twitter tersebut.

Lebih mengejutkan di akaun TikTok jelas terpampang muka anak muridnya, dan dikhabarkan bahawa guru tersebut berada di sekolah swasta.

Ada juga yang menyatakan video tersebut hanya sekadar ‘product placement’ dan dia dibayar untuk video tersebut.

Sehingga kini masih tidak pasti sama ada guru dengan akaun TikTok bernama @notqiwiie tersebut bekerja di Malaysia ataupun Singapura.

Sumber: Malaysia Dateline

 

Destination: