"11/10!" - Pasangan TikTok Arab Kagum dengan Mcdonald's Malaysia
TERKINIKhalid Al Ameri dan Salama Mohamed adalah salah satu pasangan 'content creator' yang cukup terkenal lebih lagi di TikTok! Setakat ini mereka mempunyai jumlah pengikut seramai 5.2 juta di platform tersebut. Lebih mengejutkan, Khalid dan Salama terbang ke Malaysia untuk menyambut Ramadan pada tahun ini.
Seperti sedia maklum, Mcdonald's mempunyai menu istimewa yang berbeza pada setiap negara termasuk juga Malaysia! Jadi, Khalid dan Salama tidak melepaskan peluang untuk review menu istimewa Ramadan dari Mcdonald's!
@khalidandsalama Did you know they serve fried chicken and chicken porridge in McDonald’s Malaysia? 🇲🇾🤯🍗 🥣❤️
♬ original sound - ❣️Khalid & Salama❣️
Berdasarkan komen, rata-rata netizen teruja dengan review mereka kerana secara tidak langsung mereka berjaya mempromosikan menu Malaysia di mata dunia. Netizen Malaysia juga tidak melepaskan meluang untuk memuji kebolehan Salma dalam menyebut menu dalam Bahasa Melayu.
Ada juga yang meninggalkan komen menyatakan Khalid juga sudah kelihatan seperti warga Malaysia yang singgah untuk moreh selepas selesai Terawikh!