"Bermesraan Buat Kali Terakhir Sebelum Masuk Mahkamah" - Wanita Kongsi Momen Terakhir Sebelum Diceraikan
TERKINIApril 04, 2023 - 02:27 PM
Setiap pertemuan sudah pastinya ada perpisahan, begitu juga dengan ikatan perkahwinan. Tiada siapa yang menginginkan mahligai rumahtangga mereka berakhir dengan penceraian.
Viral di platform TikTok, satu video yang sememangnya menarik perhatian netizen.
@hvsnani 3 April 2023 Hari terakhir kami & kami pilih untuk pergi cara baik tanpa bermusuh. Semuanya jalan dgn mudah. Proses dalam court pun mudah sangat. Semoga lepasni Allah hadirkan pelangi untuk kita berdua. Semoga berjaya dalam hidup. Jadi manusia berguna. Lepasni dekat luar sana tu kalau ada problem jangan libatkan i lagi ok! Urusan i dengan dia dah settle. Terima kasih datang & tak gantung semua ni dah 🙂 #fyp #takdir ♬ Sekali Ini Saja - Rossa
Menerusi perkongsian itu, mereka bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri di dalam kereta di perkarangan mahkamah.
Difahamkan, mereka yang baru tiga tahun 10 bulan berumah tangga memilih untuk menamatkan hubungan sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa perpisahan mereka dilakukan secara baik tanpa membuat onar seperti pasangan lain.
Destination: