"Biadab!" - Satu Festival Fesyen Australia, Peragakan Nama Allah Pada Pakaian

VIRAL
March 15, 2023 - 05:36 PM


Tindakan sebuah jenama pakaian dari Australia yang mencetak kalimah Allah di atas baju yang diperagakan ketika Pertunjukan Fesyen Melbourne, Sabtu lalu jelas tidak menghormati sensitiviti agama Islam.

@monakhalifaxo_ @BABY BILLIONAIRE @Melbourne Fashion Festival i am disgusted that anyone would think this is okay?? Beyond disrespectful and disgusting! #fyp #fypシ #melbournefashionweek ♬ original sound - Monakhalifaxo

Pendakwah bebas, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak atau dikenali sebagai PU Syed berkata, kalimah Allah SWT tidak boleh dicetak sewenang-wenangnya pada sesuatu benda apatah lagi untuk digayakan pakaian yang tidak senonoh.

Katanya, kalimah Allah SWT adalah sesuatu yang tinggi di dalam agama Islam dan tidak boleh dikompromi sekiranya terdapat penyalahgunaan.

“Tindakan mencetak kalimah Allah pada pakaian dan yang mendedahkan aurat itu seolah-olah satu penghinaan kepada Islam itu sendiri.

“Malah, di negara kita kalau mahu membuat perhiasan ayat-ayat atau kalimah Allah itu sendiri perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak berautoriti untuk meluluskannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelasnya, perkara-perkara seperti itu jelas salah dan menentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam agama Islam.

“Perbuatan ini jelas salah, apatah lagi dibuat oleh orang bukan Islam.

“Mereka tidak boleh sesuka hati menggunakan kalimah Allah seperti itu,” ujarnya.

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video