"Confirm Mantap Baju Melayu Dia!" - Guna 'Flash Mob' Promote Baju Melayu Buat Netizen Kagum

TERKINI
April 10, 2023 - 01:30 PM


Hari Raya bakal menjelma tak lama lagi. Macam mana persiapan raya korang? Dah beli ke belum baju raya untuk tahun ni? Berdasarkan platform sosial media dah bermacam jenama baju raya baik untuk lelaki dan perempuan mempromosikan produk mereka.

Kita dijamu dengan pelbagai runaway, video iklan persis filem dan bermacam video pendek yang menarik! Namun ada juga jenama yang menampilkan kelainan dalam mempromosikan baju raya mereka.

@magneticahidayah promosi baju melayu FEEQ.. sempoi depa buat flash moq #meriah ♬ original sound - Magnetica nur hidayah ismail

Viral di platform TikTok, memaparkan situasi di satu bazaar Aidilfitri. Tiba-tiba muncul sekumpulan anak muda segak berbaju melayu menghiburkan para pengunjung dengan 'flash mob'. Secara tidak langsung, mereka mempromosikan kualiti baju melayu yang dipakai.

Biarpun berbaju melayu, mereka berjaya mempersembahkan satu tarian yang cukup mantap dan memukau. Sekumpulan anak muda ini juga dikenali sebagai @TheZeppoYoungsterz

 

Destination: