Gadis Viral 'My First Luxury Bag' Dapat Jemputan Khas Jumpa Pengasas Charles & Keith

TERKINI
January 13, 2023 - 04:44 PM


Sebelum ini, seorang gadis menerusi video TikTok yang dimuat naik olehnya (@Zohtaco) telah tular di media sosial selepas menunjukkan beg tangan jenama Charles & Keith yang dihadiahkan oleh ayahnya.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Zoe, beg tersebut merupakan jenama beg tangan mewah pertama yang dimiliki olehnya.

Walau bagaimanapun, keterujaannya menerima komen kurang baik daripada segelintir pengguna media sosial yang memberitahu bahawa Charles & Keith bukanlah jenama beg tangan mewah.

Dalam satu video lain yang dimuat naik, Zoe memberi respon bahawa beg tersebut adalah satu kemewahan baginya kerana kos untuk membeli beg itu agak mahal dan memerlukan bapanya untuk bekerja keras untuk menghadiahkan kepadanya.

@zohtaco

thank you dad 🥹

♬ Glitch - Just audios

Zoe & Bapanya Terima Jemputan Makan Tengah Hari Bersama Pengasas Charles & Keith

Menurut jurucakap Charles dan Keith, Zoe dan bapanya telah dijemput oleh syarikat tersebut untuk makan tengah hari dan bertemu dengan pengasas jenama itu.

Bukan itu sahaja, sumber Marketing Interactive memaklumkan mereka berdua juga dibawa melawat ibu pejabat Charles & Keith di Singapura.

"Hati kami tersentuh selepas melihat video Zoe dan komen-komen yang diterima olehnya dan kami merasakan dia tidak sepatutnya dibuli seperti itu. Walau bagaimanapun, kami kagum melihat caranya menangani situasi tersebut dengan sangat matang" -- Jurucakap Charles & Keith.

Jenama Lain Juga Beri Penghargaan Kepada Zoe

Dalam satu video lain yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, Zoe menceritakan dia dan keluarganya juga menerima jemputan daripada kedai rangkaian ramen tempatan di Singapura iaitu Takagi Ramen yang menawarkan baucar sebanyak S$80 (RM263) kepada mereka.

Perkara ini turut dikongsikan oleh rangkaian ramen itu sendiri menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook mereka (Takagi Ramen) dan juga TikTok Zoe.

@zohtaco

thank you takagi ramen for the treat! eternally grateful <33 AND HAPPY 14K FOLLOWERS :0!! WOAAAH

♬ Paris - Taylor Swift

Sumber: The Rakyat Post

 

Destination: