Hebat Isteri Kedua Rahman Dahlan! Dari Empayar Busana Muslimah, Sekarang Jadi Usahawan Arang Batu Dengan Kontrak 15 Tahun!
TERKINIDiam-diam ubi berisi!
Selama ini mungkin ramai yang mengenali Vie Shantie Khan sebagai usahawan muslimah menerusi jenama miliknya, VHijrah.
Namun di sebalik kejayaannya mengembangkan empayar busana muslimah, masih tidak ramai yang mengetahui Vie Shantie juga sebenarnya seorang usahawan arang batu berjaya!
Vie Shantie yang juga isteri kedua kepada bekas Ahli Parlimen Kota Belud Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan telah melakar pencapaian luar biasa apabila berjaya mendapatkan kontrak perdagangan arang batu di antara Malaysia, Indonesia, Singapura dan China selama 15 tahun lamanya!
Difahamkan beliau yang sudah mengusahakan bisnes tersebut 10 tahun lalu ketika mengandung anak ketiga dengan bekas suaminya yang juga seorang pelakon, Dato Eizlan Yusof.
Suaminya kini Datuk Seri Rahman Dahlan juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah berkuatkuasa 1 Januari 2021.
Vie Shantie selaku CEO Black Stone Dagangan Sdn Bhd itu akan membekalkan arang batu atau batu bara kepada Asia Pacifik Geralton Limited Hong Kong,
Difahamkan beliau pada awal mula berniaga arang batu dengan hasil yang kecil selain menghadapi tekanan dan ujian dalam sektor ini kerana sangat-sangat mencabar dan ramai yang gagal, ia bukanlah bisnes yang mudah apalagi jika diusahakan oleh seorang wanita.
Tapi kali ini, usaha dari Vie Shantie terlebih luar bisa seperti mimpi menjadi nyata apabila 50 kali ganda impaknya dari apa yang telah diusahakan dulu.
Selain mengucapkan tahniah di atas kejayaan susuk tubuh seorang wanita kacukan Pakistan ini -- sempat juga netizen mempersoalkan bagaimana Vie Shantie memperoleh kontrak 15 tahun itu yang didakwa mereka menggunakan ‘kabel besar’ sehingga ia menjadi satu pencapaian yang luar biasa.
Sumber: Nona, Malaysia Dateline