"Ingat Mabuk, Rupanya..." - Lelaki Terbaring Menangis Kesakitan, Mujur Ada Datang Bantu

TERKINI
January 25, 2023 - 05:05 PM


Antara sakit yang amat ditakuti adalah 'Slipped disc'. Apa itu slipped disc? Ia merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah dan rasa sakit yang melampau.

Seorang pemuda memuatnaik satu video di TikToknya di mana memaparkan situasi genting bila seorang pemuda ditemui tertiarap dan mengerang dalam kesakitan.

@bohjankl Kalau kene Slipped Disc ni memang xleh bawak bincang sakit dia..😖😖😖😖😖😖😖😖😖😖 #2023 #HKL #slippeddisc ♬ original sound - BOJAN'KL

Rupa-rupanya pemuda tersebut sedang menahan sakit akibat slipped disc. Pemuda itu sedang berasa sakit yang amat sangat sehingga hanya mampu tertiarap sambil menangis. Mujur @bohjankl  tiba di tempat kejadian dan terus menelefon pihak HKL untuk bantuan.

Di ruangan komen, ramai netizen yang berkongsikan pengalaman mereka merasai siksa 'slipped disc' dan juga ucap terima kasih kepada @bohjankl kerana berani membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

Destination: