
"Lain Macam Rasanya" - Viral Video Penonton Rebah Ketika Persembahan Ulek Mayang
TERKINISeptember 29, 2023 - 01:08 PM
Ulek Mayang adalah antara lagu Melayu yang sering dikaitkan dengan unsur mistik. Apakah benar lagu yang sering dimomokkan ini berkait rapat dengan kepercayaan mistik bangsa Melayu yang terdahulu? Lagu Ulek Mayang memang cukup terkenal kerana di dalamnya terdapat bermacam-macam seni persembahan, pantunnya dilagukan, ada tarian mengikut lagu dan irama, dilakun oleh peranan-peranan seperti Puteri Tujuh, watak pawang dan pesakit.
@dada.hunyai Kalau boleh lah elakkan guna lagu Ulik Mayang tu masa event. Seremmmm zizzzz #sobella β¬ Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi
Berdasarkan video di atas yang telah viral di platform TikTok, satu kejadian pelik telah berlaku ketika persembahan Ulek Mayang di suatu majlis. Ketika persembahan baru sahaja hendak bermula, tiba-tiba seorang penonton wanita rebah tidak sedarkan diri.
Nasib baikla aku jenis takleh nampak benda. Dorang ni siap kata bole nampak orang menarilah apa lah. pic.twitter.com/DSC7EhRtHR
β πππ‘ππ¦ππππ’ππ π§± (@faIiqfahmie) September 28, 2023
Berdasarkan ruang komen, beberapa orang netizen yang "berkebolehan" untuk meilhat makhluk halus atau entiti menyatakan bahawa mereka ada ketika persembahan itu berlangsung. Ramai juga berkongsi pengalaman pelik yang lebih kurang sama dengan insiden yang telah berlaku.
Tapi memang tidak dinafikan, sebaik sahaja lagu Ulek Mayang dimainkan, tiba-tiba je badan rasa kurang selesa dan bulu roma berdiri tegak...
Destination: