Peniaga Koyak Dengan Review TikToker, Siap Letak "Bahan Istimewa" Dalam Hidangan
TERKINIPlatform media sosial khusunya TikTok semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Tanpa sedar dah berjam-jam kita scroll TikTok tanpa henti. Pelbagai jenis kandungan yang ada. Antara yang sering dilihat pengguna sudah tentunya review makanan.
Antara 'Food Reviewer' yang terkenal dan sering menjadi pilihan pengguna sudah tentu @syafiqrx90. Beliau baru sahaja berkongsi satu video review tentang satu kedai yang terkenal menyediakan makanan barat dengan kuantiti yang banyak!
@syafiqrx90 Garden Western Grill : The Malaysian version of Kitchen Nightmares #makanlokal #gardenwesterngrill ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version - sped up 8282
Ramai yang bersetuju dengan review beliau. Namun, tuan punya kedai tidak bersetuju dengan review yang telah dibuat. Lebih mengejutkan, dia bertindak membidas dan memerli TikToker tersebut.
Seorang Tiktoker ni buat review dekat satu kedai ni.
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) May 17, 2023
Malangnya review untuk kedai tu tak berapa okay.
Tengoklah apa owner kedai post dekat FB kedai dia.
Entahlah. Korang tafsirlah sendiri. Wallahualam. pic.twitter.com/T7xWfVScab
Tidak cukup dengan itu, setiap teguran yang dikongsikan netizen di Facebook rasmi kedai tersebut dibuang dan diblock. Tindakan tuan kedai sememangnya membuatkan netizen berasa marah. Netizen berpendapat sepatutnya setiap teguran yang diberi dijadikan input untuk penambah baikan.