[VIDEO] "Baby Tu Mesti Ingat UFO" - Sakan Tunjuk Skill Tebar Roti Canai Sampai 'Terbang' Terkena Bayi

TERKINI
August 21, 2023 - 03:48 PM


Kebiasaannya apabila makan di restoran mamak atau kedai makanan Melayu yang menghidangkan roti canai, mesti kita teruja nak tengok cara dorang menebar yang confirm power kan!

Skill mereka yang hebat menebar dengan laju dan ada cara tersendiri membuatkan kita kagum melihatnya.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular ini -- apabila seorang lelaki sakan menebar roti canai sehingga ia 'terbang' ke badan seorang bayi telah mengundang tawa ramai.

Sakan tunjuk skill tebar roti canai terbang, sekali betul-betul 'terbang' kena bayi tengah tidur.

@mezanrotiman Roti Terbang kena baby tengah tidur 🙏🏻#rotiterbangmezankampungenam #sangkaliaw #bedehek #fyp ♬ original sound - mezan rotiman

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mezanrotiman, kelihatan peniaga itu sedang menunjukkan skillnya yang pandai membuat roti canai terbang.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai pelanggan di situ terkejut adalah apabila roti canai yang dilambung lelaki itu tiba-tiba terbang dengan jauh sebelum jatuh di atas badan seorang bayi yang sedang tidur di pangkuan neneknya.



Insiden lucu itu mmebuatkan keluarga pelanggan di situ semua ketawa kerana terhibur dengan gelagat si penebar roti canai. 

"Baby tu mesti ingat UFO. Buat hal lah kau bang haha" - Netizen

Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 2.2M views, 90.3K likes dan 12.2K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dan reaksi peniaga tersebut.

Sementara di ruangan komen, netizen juga nyata terhibur dan geli hati dengan insiden roti canai terbang itu.

Sumber: Says.Com

Destination: