[VIDEO] "Belum Sampai Setahun Nikah, Abang Viva Dah Cerai Dengan Isteri?" - Ini Penjelasan Eva Noza!
TERKINIKhabar angin mengenai masalah rumah tangga personaliti media sosial terkenal, Abang Viva mula bertiup kencang pada akhir bulan Jun lalu.
Menyita perhatian, isu itu mula timbul setelah Abang Viva memuat naik video ‘luahan hati’ berlatarbekangkan lagu sedih di akaun TikTok miliknya.
Berkongsi gambar dirinya dan isteri, video itu dipercayai ditujukan kepada individu yang ‘berjaya’ mengganggu ketenteraman rumah tangganya.
Video itu kemudian dipadam beberapa jam selepas itu, sebelum Abang Viva memuat naik hantaran lain bersama tanda pagar #misipujukbini.
Semenjak itu, ramai pengikut mula mempersoalkan status perkahwinan pasangan tersebut sama ada mereka masih bersama atau sebaliknya.
Menyedari hal itu, isteri kepada Abang Viva iaitu Eva Noza Zakaria tampil memberi penjelasan ‘yang pertama dan terakhir’ berhubung isu tersebut.
Menjawab spekulasi, Eva menyangkal semua dakwaan bahawa rumah tangganya bersama pemilik nama sebenar Azwan Omar itu sudah berakhir.
Hanya satu salah faham, rakaman yang tersebar di TikTok itu merupakan video lama dan pasangan berkenaam masih bergelar suami isteri yang sah.
Menyifatkannya sebagai fitnah, Eva bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menyebar khabar palsu itu.
Enggan membesarkan isu tersebut, wanita tersebut berharap agar pihak berkenaan memadam postingan berkenaan agar fitnah tidak terus berleluasa.
@evanoza_ Ni adalah penjelasan pertama & terakhir eva utk story ni ya 🙏🏻 Eva tak nak dikaitkan dgn perkara yg tidak berfaedah… eva ada ank2 utk d jaga hati dan emosi mereka…eva ada bawa nama brand tertentu yg bekerjasama dgn eva dan semestinya maruah keluar kedua belah pihak🙏🏻 Salam manis dan salam ukhwah utk semua❤️ #statement #viral #pressconference #pc ♬ original sound - Evanoza_
“Eva malas besarkan cerita, Eva harap sangat mereka yang post (muat naik) berkenaan story (berita) tak benar ini, sila turunkan posting (hantaran) anda.
“(Padam) Sebelum orang lain salah faham, sebelum fitnah ini berleluasa. Kalau boleh ‘post’ (muat naik) lah benda yang berfaedah.
“Doalah yang baik-baik, Insya-Allah.” Jelas wanita tersebut menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, @evanoza_.
Abang Viva atau Azwan Omar mula dikenali ramai pada penghujung tahun 2021 setelah secara sukareka menolong penduduk yang dilanda banjir di Shah Alam.
Sumber: Malaysia Dateline