[VIDEO] "Husband Saya!" - Reaksi Isteri Terharu Suami Hadiahkan Lagu Ketika Konvo Buat Orang Ramai Cair

VIRAL
June 15, 2023 - 05:18 PM


Menaiki pentas ketika hari konvokesyen adalah idaman setiap pelajar. Segala penat lelah, jerih perih yang dilalui setiap semester pasti terubat apabila kita berada di atas pentas untuk menerima sijil pengajian. Itu antara momen terindah yang mungkin hanya sekali kita merasainya.

Viral di platform TikTok, satu istiadat konvokesyen UiTM ke-96 di mana salah seorang siswazwah menerima satu kejutan yang cukup manis dari suaminya.

@zakijay7 "Eh Husband saya". Husband hadiahkan bini lagu time Konvo..❤️❤️❤️😊😊🌹🌹🌹 #konvokesyenuitm96 #fyi #husbandhadiahkanbinilagu #Abamseksofonromantik ♬ original sound - zakijay7

Kejutan yang diterima siswazah tersebut adalah satu tiupan lagu dari saksofon yang cukup menyentuh hati si isteri. Yang menjadi bualan netizen adalah reaksi spontan siswazah tersebut yang cukup bangga menyatakan bahawa lelaki itu adalah suaminya.

Alahai, sweet betul lah! Moga anda berdua kekal bahagia sampai ke hujung nyawa ya! 

Destination: