[VIDEO] "Husnuzon, Mungkin Dia Sakit" - Aksi Pasangan Berpelukan Atas RXZ Bergerak Undang Tanda Tanya

TERKINI
June 01, 2023 - 05:40 PM


Dua individu dipercayai pasangan kekasih dirakam saling berpelukan ketika menunggang motosikal di sebuah jalan raya pada Rabu.

Punca dan lokasi kejadian belum diketahui setakat ini namun melihatkan raut wajah perempuan itu yang kelihatan sedang bersedih, mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan warganet yang menganggap ia sebagai drama percintaan.

Dikongsikan di laman Twitter, video tersebut menerima kecaman ramai dengan perbuatan itu dikatakan boleh menyebabkan kemalangan.

Meraih lebih 20,000 jumlah tontonan, rata-rata netizen menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap kedua-dua individu terbabit.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

"Hang (awak) kalau tak boleh buat macam ini, hang tak 'king', naik RXZ bawa awek lagu (macam) itu.

"Ini memang 'champion' namanya," ujar si perakam dalam loghat utara yang memberi petunjuk kemungkinan besar kejadian itu berlaku di utara tanah air.

KOMEN NETIZEN

"Ini memang cari nahas, berpelukan atas motosikal macam negara tak ada undang-undang, tunggu masa kena tahan polis," jelas Umar Mokhtar.

"Bahaya kes macam ini, kalau kemalangan dia libatkan pemandu lain bukan mereka sahaja, harap polis ambil tindakan segera," kata Amni Zulaikha pula.

TINDAKAN LANGGAR UNDANG-UNDANG

Untuk rekod, kesalahan menunggang secara berbahaya boleh ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 manakala tidak lebih daripada RM15,000.

Selain itu, pelaku juga akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang dua tahun daripada tarikh sabitan.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai untuk membuat laporan.

Sumber: Majoriti

Destination: