[VIDEO] "Ingat Kenduri Kahwin Tu Kedai Makan Ke?" - Majlis Belum Mula Tapi Kecoh Ada Tetamu Nak Tapau Lepas Makan

TERKINI
September 18, 2023 - 12:58 PM


Bagi mereka yang hadir ke majlis perkahwinan, cukuplah sekadar makan sahaja tanpa perlu bawa balik lauk ke rumah.

Menerusi TikTok @wan_takaful, dia menunjukkan seorang tetamu yang meminta bantuan pekerja katering untuk membungkus lauk bagi pihaknya.

“Dah makan nak bungkus pula, kenduri ini guna katering, majlis pula belum mula lagi.

“Baru pukul 10.30 pagi, yang minta tapau dengan budak katering ni pun tak nak kalah. Bila nak habis budaya tapau lauk kenduri ni,” ujar kapsyen dalam video tersebut.

Apatah lagi alasan diberikan wanita itu adalah kerana pihak tuan rumah sudah bayar jadi tak ada masalah untuk dia membungkus makanan tersebut.

Nasib baik para pekerja itu berbincang secara baik-baik kerana mereka hanya akan melakukan tugas dengan arahan tuan rumah sahaja.

@wan_takaful Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo

Rata-rata warganet menyelar tindakan wanita tersebut yang dilihat tidak beradab dan cukup sekadar hadir majlis dan makan di situ sahaja.

“Tak silap pernah dengan ustaz cakap, bila pergi kenduri dan nak bungkus, kena minta izin tuan rumah kalau tak maka haram hukumnya.

“Tapi kalau orang kampung, selalunya majlis belum selesai dah pandai-pandai tapau sendiri dekat belakang.

“Kalau aku pergi kenduri, jangankan tapau, nak makan lebih pun malu,” antara komen warganet.

Perlu diingat, kita bukan satu-satunya tetamu yang dijemput untuk hadir ke majlis, selalunya lauk dibungkus pada akhir majlis itu juga disebabkan permintaan tuan rumah.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: