[VIDEO] "Kertas Dikoyak & Dibuang Bersepah" - Lelaki Ini Dakwa Ada Scam Badal Haji. Ini Tips Elak Terjerat!
TERKINIKetika Tanah Suci Mekah sedang meriah dengan jutaan umat Islam sedang menyempurnakan ibadat Haji mereka pada tahun ini.
Namun bukan semua orang mampu untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Oleh sebab itu, dalam Islam wujudnya Badal Haji yang membolehkan waris mengupah individu tertentu bagi menunaikan haji bagi pihak ahli keluarga mereka yang telahpun meninggal dunia atau terlalu uzur.
Syarat sah badal haji adalah mendapat keizinan daripada individu yang diwakilkan jika masih hidup. Jika tidak, maka harus dipersetujui waris.
Namun, semalam tular sebuah video dikongsikan salah seorang pengguna Facebook bernama Kashful Azim Shaharuddin yang memaparkan situasi orang ramai membuat badal haji di Arafah telah mencuri tumpuan.
Video Viral
Banyak Kertas Dikoyak & Dibuang Merata Tempat
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang inidvidu berkongsi situasi yang sedang berlaku di padang Arafah.
Apa yang lebih mengejutkan adalah banyak kertas yang ditulis nama dan negara asal itu dikoyakkan dan dibuang bersepah di atas lantai.
Lebih menakutkan lagi adalah apabila orang ramai di situ sedang melakukan badal haji untuk orang lain.
Namun, apa yang peliknya adalah apabila orang ramai di situ bersilih ganti untuk memegang kertas penama badal haji dan mengambil gambar sebagai bukti.
Perkara itu sangat menimbulkan syak wasangka orang ramai.
Jangan Terjerat Dengan Badal Haji Yang Murah & Ini Tips Kesan Scam Badal Haji
Ramai juga yang menasihatkan agar jangan terjerat dengan badal haji scam yang murah.
Antara tips bagi mengesan scam badal haji adalah :
- Harga mesti mahal. Ini kerana Tabung Haji sendiri dah keluarkan kos terbaru duduk di Mekah tahun ni adalah RM4,000. Ni kos duduk sahaja. Kos untuk upah dan buat benda lain sekurang-kurangnya RM8,000 untuk upah Haji. Kalau yang ditawarkan adalah di bawah nilai RM5,000 itulah scam badal haji!
- Orang yang akan buat badal haji bagi pihak lain mestilah sudah pergi haji. Hanya 1 haji bagi setiap musim haji.
- Bermakna= Abu pernah tunaikan haji. kali ini pergi kali kedua dengan ambil upah badal haji bagi pakcik Amin, Abu hanya boleh buat 1 badal haji sahaja pada musim haji, makna hanya 1 nama sahaja.
- Andai kata Abu tinggal di Arab Saudi, kos paling murah tahun ini bagi penduduk di sana adalah hampir 4000 Riyal atau RM4500. Abu ambil upah 500, maka kos sebenar bagi menunaikan badal haji adalah RM5000. Jika ada yang offer upah badal bawah nilai RM4500 mungkin itu adalah scam, contoh hanya sekitar RM2000/3000.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2K tanda suka, 1K komen dan 4K kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Reaksi Netizen Di Media Sosial