[VIDEO] "Nak Tangkap Gambar Boleh?" - Wanita Kongsi Momen Cemas Diganggu Lelaki Gatal
TERKINIKeselamatan diri kena sentiasa dijaga walau di mana kita berada. Maklumlah, zaman sekarang ni pelbagai ancaman yang tak diduga boleh berlaku. Lebih-lebih lagi terhadap para wanita.
Viral di TikTok seorang wanita berkongsi detik-detik cemas dimana mereka diganggu seorang lelaki semasa beriadah di sebuah taman rekreasi.
@s0ftiexrin ladies out there, please be careful. mohon teliti dengan apa yang jadi disekeliling. banyak manusia yang tua atau muda kadang takde otak approach stranger, tambahan lagi paksa kita ikut kehendak dia. kita di dunia yang tak lepas dari perkara ni. jangan provoke, handle it softly supaya orang macamni tak guna kekerasan. save yourself first ! so many predators out there wearing a kind innocent mask. please don’t get fooled. #spreadawareness #stranger #malaysia #foryoupage ♬ original sound - sakura ⚔️
“Lelaki itu dah perhati kita orang dan semasa kawan baik saya nak hantar basikal. Dia tengok dua kali,” katanya.
“Lelaki tersebut juga meminta mereka supaya memanggilnya abang kerana mendakwa belum berkahwin.
“Ada ‘part’ yang lupa nak rakam, tapi dia tanya duduk dekat mana dan dia cakap ‘jangan panggil pakcik, panggil abang, belum kahwin lagi,” ujarnya.
Tidak lama selepas itu, lelaki terbabit bertindak lebih berani apabila cuba memaksa mereka untuk bergambar dengannya. Bagaimanapun, lelaki tersebut dilihat beredar daripada kawasan itu setelah ajakannya untuk bergambar ditolak.
Justeru, dia menasihati wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam menjaga diri apabila berada di luar rumah.