[VIDEO] "Rasa Sumi Masin" - Patutlah Wanita Ni Selamba Je Sedut Mata Lembu Mentah, Rupanya Banyak Khasiat?

TERKINI
July 03, 2023 - 12:09 PM


Bila setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri pasti ramai yang ternanti-nanti untuk menikmati pelbagai hidangan masakan berasaskan lembu yang dijadikan ibadah korban oleh individu tertentu.

Antara bahagian lembu yang paling diminati pastinya daging, kulit, perut, lidah dan ada juga yang pandai menikmati menu berasaskan kaki lembu.

Tetapi korang pernah dengar tak bahawa bahagian mata lembu pun sebenarnya boleh dimakan? Lebih mengejutkan ada pula orang yang mendakwa mata lembu itu mempunyai pelbagai khasiat untuk menyembuhkan penyakit terutama asma, gout dan buah pinggang.

Baru-baru ini ketika kita sibuk meraikan ibadah korban di Hari Raya Aidiladha -- pengguna di media sosial dikejutkan dengan rakaman video memaparkan seorang wanita yang begitu berani sedang 'menyedut' isi mata lembu secara bersahaja.

Mencetuskan rasa loya di kalangan penonton, anggota badan haiwan korban tersebut dinikmati oleh wanita itu secara mentah-mentah.

Tampak begitu khusyuk, wanita itu sempat menyatakan bahawa lendir yang keluar dari mata lembu tersebut mempunyai rasa yang sangat sedap.

Menurut wanita itu, lendir tersebut mengingatkannya pada tekstur snek jeli berperisa atau ‘sumi’, namun terasa sedikit masin.

“Rasa sumi masin gitu,” kata wanita yang memuat naik video berkenaan itu menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya.

Turut menyuapkan mata lembu itu kepada suami, lelaki itu malah menunjukkan reaksi mual selepas lendir itu masuk ke mulutnya.

@nanajiha.97 Rasa sumi masin gitu hahahaa … #selamatharirayaaidiladha #kelantan #melorkelantan #matalembu #korban #tiktok ♬ Funny - Gold-Tiger

Tular di aplikasi TikTok, rata-rata pengguna meluahkan rasa seperti ingin muntah saat menonton video tersebut.

Namun yang menarik perhatian, ramai juga penonton memaklumkan bahawa mata lembu sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Walaupun tiada bukti sahih, lendir dari mata haiwan itu dikatakan boleh menyembuhkan penyakit buah pinggang dan juga asthma.

Destination: