[VIDEO] "Tak Ada Batu, Selipar Pun Jadi" - Jemaah Terlebih Emosi Lontar Selipar Di Jamrah Cetus Pertikaian

TERKINI
July 12, 2023 - 03:34 PM


Seperti yang kita ketahui, melontar batu di Jamrah merupakan salah satu daripada rukun wajib ketika menunaikan ibadah haji di Mekah.

Namun, video di TikTok baru-baru ini meraih perhatian dan mengundang pertikaian ramai warganet selepas ia tular pada hujung Jun lalu.

Menerusi rakaman itu, seorang jemaah wanita di Jamrah tetapi tidak membaling batu sebaliknya melemparkan seliparnya ke tiang berkenaan.

Bukan hanya dia tetapi juga seorang jemaah lelaki turut dilihat melemparkan selipar seperti dilakukan wanita terbabit.

@baharsar29 #haji #makkah #hajj #islam ♬ original sound - Bahar.Nor

Tindakan mereka itu mengundang kritikan dan dipertikaikan ramai netizen termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.

Sesetengah warganet mempersoal kebersihan di sekitar kawasan tiang tersebut selain ada yang membuat refleksi tentang tingkah laku jemaah yang berpeluang menunaikan Haji.

Sumber: Beautifulnara

Destination: