Jaga-jaga! R&R Hidang Sandwich "Ghaib"! Bukan Duit Je Hilang!

TERKINI
October 11, 2022 - 12:50 PM


Kalau dulu pengguna selalu terkena dengan peniaga yang menjual 'karipap angin' iaitu karipap yang kurang inti di dalamnya -- terbaharu ada pula kes di mana pengguna membeli sandwic telur, tanpa telur di dalamnya!

Kejadian malang itu menimpa seorang pengguna Facebook bernama Maslina Aini Mat Saad, yang dikatakan membeli sandwich telur pada harga RM4 sepaket di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian wanita itu, selepas membeli sandwich telur berkenaan didapati hanya ada beberapa butir isi telur yang sudah dihancurkan sahaja.

Malah dakwanya, sandwich telur itu tidak sesuai dengan harga yang dijual kerana intinya hampir kosong dan tidak memuaskan hati pelanggan.

Maslina meluahkan rasa kecewa kerana peniaga tidak menjaga kualiti makanan untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Sandwich telur, yang telur nya boleh kira satu satu. Harga Rm4 1 paket. Bukan nak kecam atau merungut tapi sekadar perkongsian tentang realiti kualiti makanan di sesetengah RnR tak berubah.

Bukan semua premis RnR macam ni. Pada owner premis yang menjual makanan yang sedap-sedap tu, tahniah anda terbaik. Yang menjual macam sandwich ni mohon perbaikilah kualiti anda. Pembeli faham kos sekarang serbi mahal tapi biarlah berbaloi dengan setiap ringgit kami yang keluarkan.

“TELUR DI ALAM LAIN, PAKAI NIAT”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa kerana turut pernah ‘terkena’ dengan makanan inti kosong sahaja. Adoi, macam-macam ragam peniaga!

Diharapkan peniaga di luar sana lebih peka dengan kualiti makanan dan menjual makanan dengan harga yang berpatutan.

Sumber: Facebook Maslina Aini Mat Saad

Destination: