Zeppo Youngsterz, Bukti Anak Muda Malaysia Mampu Tawan Dunia!

TERKINI
June 26, 2023 - 03:13 PM


Kumpulan tarian, Zeppo Youngsterz bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah benua Asia dengan menjuarai pertandingan The Grand Final Body Rock Dance Championship 2023 di San Diego, Amerika Syarikat.

@zeppoyoungsterz From Malaysia to USA! We made it guys! World Champion of Body Rock 2023! Thank you for making this journey possible ❤️ #ZY2SanDiego #ZeppoYoungsterz #Malaysia #AsiaPacific #BodyRockDanceCompetition ♬ original sound - The Zeppo Youngsterz

Pengasas dan pengarah kumpulan itu, Faris Azim berkata mereka amat terkejut apabila nama Zeppo Youngsterz diumumkan sebagai juara pertandingan antarabangsa yang membariskan kumpulan tarian terbaik dunia itu. "Sejujurnya kami sangat bersyukur. Sukar untuk percaya kami berjaya memenangi tempat pertama kerana persaingan sangat sengit.

"Banyak negara bertanding termasuk Amerika Syarikat, German dan Mexico. Dari Asia cuma Malaysia, Jepun, Filipina dan Korea," katanya ketika dihubungi

Terkenal dengan gaya unik antaranya menggabungkan pergerakan silat dan hip-hop, kumpulan itu mengambil masa 3 minggu untuk persiapan menghadapi pertandingan tersebut.

@nstymirul Malaysia got 3rd places for super24sg! .#zeppoyoungsterz ♬ original sound - Amirul Hakim

Awal bulan Mei, Zeppo Youngsterz memuatnaik video memohon bantuan penajaan tiket serta visa bagi mereka ke Amerika Syarikat setelah melayakkan diri ke peringkat akhir Body Rock Dance Championship 2023.

Zeppo Youngsterz ditubuhkan sejak tahun 2011 dan dianggotai seramai 24 orang anak muda tempatan yang mana 13 daripada mereka berlepas ke San Diego.

Mereka pernah mewakili Malaysia dalam pebagai acara tarian antarabangsa antaranya di pertandingan tarian street dance terbesar Indonesia, ‘Eat D Beat pada tahun 2019 dan menjadi juara, pertandingan Body Rock Asia 2020 di Filipina (tempat ke-3) serta turut mendapat tempat ketiga di pertandingan Super 24 Singapore tahun lepas.

Sumber: Bernama

Destination: