
Airbnb Mula Tawarkan Penginapan Serba Mewah Melalui Airbnb Luxe
GAYA HIDUPJika sebelum ini, Airbnb telah memperkenalkan penambahan kepada perkhidmatan mereka dengan adanya ‘Airbnb Plus’ yang menawarkan rumah dan penginapan berkualiti tinggi serta diusahakan oleh host yang mempunyai review yang terbaik, kini Airbnb menaikkan lagi taraf perkhidmatan mereka dengan mewujudkan Airbnb Luxe.
Luxe; singkatan kepada luxury yang membawa maksud mewah. Airbnb Luxe menawarkan kediaman yang sempurna, rekaan dalaman yang menarik serta kemudahan dan servis yang seba mewah yang mampu ditawarkan oleh tuan rumah.

Menyenaraikan kediaman yang luar biasa, ada antara kediaman yang tersenarai di dalam Luxe ini mempunyai tarikan yang tersendiri seperti sebuah villa yang tenang di Ubud, Bali. Kesemua kediaman yang tersenarai telah dipilih dan dinilai secara terperinci supaya setiap satu listing menawarkan kediaman yang sempurna.
Dikhabarkan, lebih 300 senarai semak yang perlu dipatuhi oleh tuan rumah sebelum rumah mereka layak berada dalam senarai Airbnb Luxe selain kediaman mereka perlu menyediakan kelengkapan yang memenuhi kehendak pengunjung dan mempunyai ruang yang luas serta menawarkan kediaman yang privasi.
Trip Disediakan Secara Personal
Selain kediaman, jika sebuah Airbnb Luxe ditempah, kita akan dihubungkan dengan trip designer yang akan ‘menyusun’ penginapan lima bintang disana. Sebagai contoh, ada host yang akan membawa atau memastikan penghuni rumah mereka dapat menikmati makan malam di restoran bertaraf bintang Michelin.
Trip designer ini akan menyusun iteneri yang dikira sesuai supaya pengunjung akan mempunyai percutian yang sempurna selain mempunyai perkhidmatan mengambil pengunjung dari lapangan terbang. Ada juga yang menyediakan perkhidmatan khas seperti sediakan tukang masak personal dan lain-lain.

Setakat ini tawaran Airbnb Luxe ini terdapat di 34 destinasi pilihan sahaja. Antaranya ialah di London, Los Angeles, Marrakesh dan lain-lain. Sementara itu, kalau kita nak cuba bermalam atau merasakan pengalaman Airbnb Luxe ini, ada juga senarai kediaman di Asia.
Untuk lokasi yang ada di Asia, ada 4 destinasi iaitu di Bali, Ko Samui, Phang-nga dan Phuket.
Tertanya juga, berapa kadar satu malam. Lepas tengok senarai, kalau di Phuket – boleh dikatakan dalam jangkauan RM2400 hingga RM3,000 untuk satu malam.
Jom kita tengok secara detail; sebagai contoh Villa Samakee. Harga untuk satu malam adalah RM2,858 dan ia boleh memuatkan seramai 10 orang tetamu dengan 5 bilik dan 4 bilik mandi.
Ini adalah apa yang ada dalam deskripsi listing tersebut :
BEDROOM & BATHROOM
Bedroom 1 - Master: King size bed, Ensuite bathroom with stand-alone rain shower & bathtub, Dual vanity, Walk-in closet, Dressing area, Lounge area, Television, DVD player, Ceiling fan, Safe, Desk, Private balcony
Bedroom 2: King size bed, Ensuite bathroom with stand-alone rain shower, Dual vanity, Walk-in closet, Television, DVD player, Ceiling fan, Safe, Desk, Terrace
Bedroom 3: 2 Twin size beds, Ensuite bathroom with stand-alone rain shower, Dual vanity, Lounge area, Television, DVD player, Ceiling fan, Safe, Desk, Private terrace
Bedroom 4: 2 Twin size beds (or one king), Jack & Jill bathroom shared with bedroom 5, Stand-alone rain shower, Dual vanity, Television, DVD player, Ceiling fan, Safe, Desk, Private balcony
Bedroom 5: 2 Twin size beds, Jack & Jill bathroom shared with bedroom 4, Stand-alone rain shower, Dual vanity, Television, DVD player, Ceiling fan, Safe, Desk
FEATURES & AMENITIES
Fully equipped kitchen with breakfast bar
Formal dining area with seating for 12
Coffee machine
Dishwasher
Wine fridge
Ice maker
Wi-Fi
Office/Study
Lounge area
Satellite television
DVD library
DVD players
Sound system
Security system
Ceiling fans
Air conditioning
Safes in bedrooms
Washer & Dryer
Iron & Ironing board
OUTDOOR FEATURES
Infinity swimming pool
Alfresco dining with seating for 8
Outdoor living area
Sound system
Sun loungers
Sun beds
Barbeque
Balcony
Terrace
Parking
STAFF & SERVICES
Included:
Chef
Housekeeping
Property manager
24-hour estate security
Extra cost (advance notice is required):
Spa services
Driving service
Airport transfer (can be arranged by Villa Concierge)
Laundry service
Villa pre-stocking
Babysitting service
Thai cooking classes
Activities and excursions
LOCATION
Points of Interest
2 minute drive to Dream Beach Club
5 minute drive to Banyan Tree Spa & The Laguna Phuket Golf Club
Beach Access
10 minute walk to Layan Beach
Airport
13 km to Phuket International Airport (HKT)
Fuh, tengok gambar dan baca servis yang disediakan pun tahu mewah. Tapi kalau difikirkan logik, RM2900 bahagi 10 orang, seorang RM280 satu malam, dan korang dapat menginap di villa yang mewah serta servis mengalahkan hotel 5 bintang.
Nota Editor : Airbnb ni jarang, sangat jarang yang mengecewakan. Lagi-lagi ditambah dengan 300 kriteria yang owner kena ikut, kami yakin... ianya berbaloi dan seperti yang diiklankan.
Kredit Foto Villa Samakee : Website | Villa Samakee
PILIHAN EDITOR
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video