Perbezaan Hotel, Hostel, Resort, Villa & Cottage Yang Ramai Selalu Keliru
TRAVELPernah tak, korang tempah hotel – tapi tak seperti yang korang gambarkan. Atau tempah resort tapi suasananya sama macam di hotel.
Tak dinafikan, sebenarnya masih ramai yang terkeliru tentang jenis-jenis penginapan utama dalam dunia pelancongan dan istilah mereka ni. Sama juga macam ‘Star’ di hotel, apa yang membezakan hotel 2 bintang dan hotel 3 bintang?
Ini kitorang jelaskan satu per satu apa itu perbezaan hotel dan resort, apa itu perbezaan villa dan cottage dan apa itu perbezaan hostel dan bed & breakfast.
#1. Hotel
Hotel ni merupakan penginapan yang paling senang ditemui dan paling banyak ditawarkan di mana-mana. Hotel biasanya terdiri daripada bangunan bertingkat dengan jumlah bilik dan banyak.
Beza perkhidmatan yang ditawarkan di hotel ini berbeza mengikut bintang yang ada pada hotel berkenaan. Boleh rujuk di “Maksud Star Di Hotel”. Biasanya, lagi banyak bintang di hotel berkenaan, fasiliti dan perkhidmatan lagi bagus lah.
Korang kena ingat, tak semestinya hotel mahal tu perkhidmatan dia best ye. Bukan semua. Hehe.
Tips dia, rajin-rajin baca review sebelum buat tempahan.
#2. Resort
Kebiasaannya, ciri khas resort adalah ia merupakan bangunan luas dan terletak di kawasan yang mempunyai pemandangan alam semula jadi seperti pantai atau pergunungan. Biasanya resort ni lebih kepada rekreasi. Dia akan ada banyak aktiviti sampingan selain menyediakan penginapan sahaja.
Sebuah resort sepatutnya ada restoran, kolam renang dan spa. Ini yang sepatutnya lah. Selain itu, kalau resort yang dia kata dia mewah ni sepatutnya ada macam-macam fasiliti macam gym, trek jogging, taman permainan untuk kanak-kanak dan banyak lagi.
Kebiasaannya, fasiliti dan lokasi resort ni menyebabkan harganya jauh lebih mahal dan ada antara resort tepi pantai ni ada ‘private beach’.
Tips : Kalau korang bercuti dengan famili, sepatutnya korang pilih resort. Bukan hotel. Sepatutnya lah, sebab senang, banyak kemudahan. Tapi kalau banyak nak habiskan masa dekat luar, hotel pun okay.
#3. Villa
Jenis penginapan di Villa ni mungkin tak banyak sangat di Malaysia kalau ada pun, ia dipanggil villa tapi ciri-ciri dia bukan villa pun sebenarnya, lebih kepada chalet.
Jadi sebenarnya apa Villa ni? Sebenarnya, Villa adalah penginapan berbentuk rumah mewah dengan lokasi yang jauh dari hiruk pikuk orang ramai. Biasanya villa akan mengetengahkan unsur ketenangan, privasi dan keadaan sekeliling yang nyaman.
Sebuah villa biasanya boleh memuatkan ramai penghuni. Jadi, kalau untuk percutian sekeluarga dan korang cari sebuah tempat untuk bertenang-tenang, sewa-lah villa. Biasanya villa ni akan dilengkapi dengan fasiliti seperti private pool, taman yang luas, lokasi yang agak pedalaman dan biasanya akan tersedia hiburan sendiri macam contoh set karaoke.
Contoh; korang boleh usha The Cedar @ Bidor. Atau di AirBnB. Di AirBnB ada banyak yang tawarkan villa diorang pada harga yang berpatutan.
#4. Cottage / Kotej
Sama seperti villa, cuma beza dia adalah pada susunan bangunan. Kebanyakan resort berchalet di Malaysia ni menggunakan konsep cottage ni.
Cottage ni biasanya ciri dia adalah bangunan yang macam pondok atau rumah kecil yang agak terpisah antara unit-unit lain tetapi berada dalam satu kawasan yang sama. Menariknya, korang boleh dapatkan privasi yang seakan-akan berada atau menyewa villa.
Dari segi lokasi, biasanya ia juga menawarkan pemandangan alam semula jadi. Biasanya pantai, hutan dan sebagainya.
#5. Hostel
Hostel ni adalah sebuah penginapan yang berbentuk dorm asrama dan ada juga yang menyediakan bilik individu dengan harga yang sedikit mahal daripada dorm.
Dalam erti kata lain, kalau di dorm, korang akan berkongsi bilik dengan seorang, dua atau mungkin lebih. Bergantung kepada berapa katil dalam satu dorm. Tapi biasanya kebanyakan hostel akan tawarkan 2 katil atau 4 katil yang dikongsi.
Maksimum boleh pegi 20 pax jugak di hostel ni. Kebiasaannya di hostel ni, banyak benda yang kita perlu kongsi dengan pengguna lain. Seperti tandas, ruang legar, televisyen dan sebagainya.
Sebelum menginap di backpackers hostel ni, elok rasanya korang fahamkan dulu Etika Menginap Di Hostel Backpackers.
Nota Editor : Ada masa, suka ambil hotel sebab nak servis. Tapi selalu ambil hostel sebab suka habiskan masa luar hotel. Berjalan-jalan je. Jadi rasa macam rugi pulak bayar hotel mahal-mahal tapi tak duduk sangat pun.
PILIHAN EDITOR
- 10 Hotel Menarik Dan Unik Boleh Cuba Di Tengah-Tengah Kuala Lumpur
- 10 Tanda Anda Bakal Menginap Di Hotel Yang ‘Tak Best’
- Senarai Hotel Terbaik Untuk Setiap Jenis Percutia