5 Gunung Di Asia Tenggara Ini Patut Ada Dalam Senarai Pendakian Anda

TRAVEL
July 18, 2019 - 04:30 PM


Sesetengah orang, suka travel untuk mencari pantai, ada pula yang travel untuk mencari makanan dan bermacam lagi sebab yang berlainan. Pokoknya, semua ada agenda dan sebab musabab tersendiri. Bagi kaki hiking atau geng panjant gunung ni, masing-masing ada misi tersendiri.

Untuk yang baru nak berjinak-jinak, ini ada senarai gunung yang patut korang panjat di Asia Tenggara menurut senarai yang dikeluarkan oleh Summits.com. Kalau nak ikutkan, website ini adalah ‘pendatang’ baru dalam scene pendakian di Asia Tenggara.

Untuk permulaan, cuba tengok senarai 5 Puncak Wajib Ditawan Di Asia Tenggara ini :

#1. Gunung Rinjani, Indonesia

Gunung Rinjani merupakan salah sebuah gunung yang berstatus sebagai gunung berapi yang aktif dan setiap hari menerima lebih kurang 100,000 orang pendaki setiap hari.

Terletak di Lombok, Gunung Rinjani yang berketinggian 3,726 meter ini ternyata menjadi tarikan kepada para pendaki disebabkan pemandangan dari puncaknya serta statusnya sebagai gunung berapi aktif.

 

#2. Doi Chiang Dao, Thailand

Terletak di kawasan Chiang Mai, Doi Chiang Dao juga turut dikenali sebagai Doi Luang Chiang Dao dan mempunyai ketinggian 2,175 meter.

Menariknya di sini, ia diwartakan sebagai pusat konservasi hidupan liar dan menjadi pilihan ramai untuk ‘lari’ dari cuaca panas di Thailand.

Pendakian mengambil masa 5 hingga 6 jam dari bawah untuk ke kawasan campsite, dari campsite, masa 1 jam diperlukan sebelum tiba di puncak. Masa terbaik dikatakan pada Mac dan April kerana waktu ini, bunga ros putih akan mekar sambil berkemungkinan besar terserampak dengan beberapa hidupan liar yang rare seperti kambing gunung dan beberapa spesis burung.

 

#3. Gunung Kinabalu, Malaysia

Menurut Summits, pendakian ke Gunung Kinabalu antara yang mempunyai darjah kesukaran yang rendah dan sangat sesuai dengan pendaki wanita.

Dengan ketinggian 4,095 meter dan pendakian setinggi 2,200 meter. Memang bukan mudah untuk naik ke puncak namun pemandangan yang akan diperolehi adalah sangat berbaloi.

Kami juga ada kongsikan tips & panduan pendakian Kinabalu ni.

 

#4. Gunung Tahan, Malaysia

Merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan merupakan pihikan ramai pendaki untuk ‘mencari angin’ dan stamina. Dengan ketinggian 2,187 meter, dan terletak di dalam Taman Negara Pahang tidak hairan kenapa ia sentiasa menjadi lokasi kegemaran pendaki tempatan mahupun luar negara.

Hutan Hujan di sekitar Gunung Tahan merupakan antara yang tertua di dunia dan antara hutan hujan yang masih ada di Semenanjung Malaysia.

 

#5. Puncak Jaya, Indonesia

Dengan ketinggian 4,884 meter, ia merupakan salah satu gunung yang berada dalam kumpulan ‘Seven Summits’ iaitu 7 gunung tertinggi yang berada di 7 benua di dunia.

Selain sukar untuk didaki, sebenarnya lokasi Puncak Jaya yang terletak di bahagian Papua, Indonesia ni sukar untuk sampai.Perlu menaiki beberapa kapal terbang dan ber’jungle-trekking’ dulu. Sebab ini jugaklah, ramai yang dah tawan Everest daripada Puncak Jaya.


Baca Juga