5 Lokasi Buaian Yang Menjanjikan Pemandangan Cantik

TRAVEL
January 25, 2019 - 04:35 PM


Kalau ada kawan-kawan yang ke Bali, mesti diorang akan upload gambar naik buaian dengan pemandangan cantik tu kan? Jeles betul!

Dah la naik buaian, pemandangan cantik pulak. Dua dalam satu. Okay, sebenarnya selain daripada di Bali, ada lagi beberapa lokasi yang terdapat buaian yang ada pemandangan cantik. Kalau korang berjaya sampai ke lokasi yang ada buaian ni, jangan lupa ambil gambar.

Memang rare lah. Dah lah dapat travel, gambar pulak cantik. Siapa yang tak jeles kan. Okay, kalau korang tak tahu lagi, ini 5 lokasi buaian yang ada pemandangan menarik di seluruh dunia.

 

#1. Bali, Indonesia

Disebabkan permintaan tinggi, sekarang ni dah ada banyak tempat yang ada buaian dengan pemandangan yang indah dekat Bali. Tapi kalau korang yaci yang ‘original’, semestilah Bali Swing yang terdapat di Ubud.

Di sekitar Ubud pun ada banyak buaian, ada yang 10 meter, 20 meter dan yang paling tinggi ada 78 meter daripada tanah! Ia diikat pada dua batang pokok kelapa dan bila korang naik buaian di Ubud ni, memang pemandangan yang korang dapat adalah hutan tropika dan sawah padi yang sangat cantik.

Pergi 3 hari 2 malam ke Ubud, Memang berbaloi. 

 

#2. Banos, Ecuador

Kalau korang tak gayat dan berpeluang ke Ecuador, pergi cari La Casa del Arbol (Treehouse). Dekat sini ada satu buaian yang terletak dengan berdekatan platform memerhati Gunung Berapi Tungurahua.

Tapi, tarikan disini bukan Gunung Berapi tu, tapi buaian ni. Sebuah buaian simple. Sebatang kau dan dua tali yang diikat kepada palang besi dibatang pokok.

Tapi jangan risau, buaian ni ada tali pinggang keselamatan dan memang dibawah korang nanti adalah lembah yang memang gerun lah nak tengok.

 

#3. Gili Trawangan, Indonesia

Selain Bali, antara buaian yang popular adalah di Gili Trawangan. Pulau yang popular berdekatan dengan Lombok. Paling popular semestinya Datu Swing yang terletak di Hotel Ombak Sunset.

Awalnya muncul di rancangan TV Australia, kemudian banyak tempat ‘mencuri idea’ dengan buat buaian di sekeliling Gili Trawangan.

 

#4. Hjorundfjord, Norway

Terletak disebalik gunung-gunung di Norway, tempat bernama Hjorundford ni menampilkan banyak tempat-tempat yang sangat cantik dan semestinya Instagram-able.

Terletak Christian Gaard Bygdetun, sebuah rumah tumpangan di perkampungan Trandal, nak kesini agak menyukarkan. Tapi percayalah, ianya berbaloi.

 

#5. Pulau Swarnadwipa, Padang.

Ramai tak tahu yang di Padang terdapat banyak pulau-pulau yang cantik. Untuk ke Swarnadwipa, difahamkan korang kena ke kawasan Bungus untuk menaiki bot. Kendian korang akan dibawa island hopping ke 3 pulau lain iaitu Pulau Sirandah, Pulau Pagang dan terakhir Swarnadwipa.

Ada satu buaian di atas dan paling istimewa, ada satu buaian yang terletak di dasar laut. Kiranya kalau korang nak tangkap gambar, kena menyelam sikit, tahan nafas dan snap. Dicadangkan bawak gopro.

Hasilnya....