5 Tarikan Menarik Pelancongan Yang Langsung Tak Berbaloi
TRAVELPercutian merupakan saat indah yang sering ditunggu-tunggu oleh seseorang. Manakan tidak, perancangan teliti sudah dibuat, bilik hotel dah ditempah dan macam-macam persediaan lagi.
Walaupun perancangan yang rapi telah dibuat, kadangkala; apa yang kita rancang tersebut tidak menjadi. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan percutian kita terganggu, salah satu daripadanya apabila tempat yang kita nak pergi itu, tak seindah yang digambarkan.
Kebiasaannya, review-review atau pengiklanan yang dibuat memang sama dengan apa yang kita akan dapat semasa percutian tersebut. Tetapi ada kalanya, tempat-tempat menarik ini hanya indah khabar dari rupa. Senang cerita, ‘over promised’. Kolam renang kecik, dikatanya kolam renang bersaiz olimpik, kawasan jauh dari bandar, dikatanya 5 minit perjalanan dan lain-lain.
Berikut merupakan 10 tarikan popular yang ada di Tripadvisor tetapi TIDAK BERBALOI untuk dilawati.
#1. Beranda Ikonik ‘Romeo dan Juliet’ – Itali
Sebuah karya agung William Shakespeare, Romeo dan Juliet merupakan karya yang sering menggambarkan tentang percintaan. Disebabkan dalam karya berkenaan, dikatakan ada terdapat beranda dan pemilik rumah ini telah membina beranda dan menamakan ia sebagai ‘Beranda Romeo dan Juliet’.
Kalau nak diikutkan, karya tersebut hanyalah rekaan. Dan sebenarnya tidak wujud pun beranda tersebut di dunia nyata. Jadi, beranda ini sebenarnya tidak membawa sebarang maksud atau mempunyai nilai sejarah pun.
Dikatakan kawasan ini sangat kotor, penuh dengan gula-gula getah dan berbau. Euww!
#2. Trevi Fountain, Itali
Masih di Itali, tetapi kini kita ke Rom pula. Menariknya, dikhabarkan air pancut Trevi Fountain ini memiliki kuasa mistik dan mampu mengabulkan permintaan seseorang.
Disebabkan selalu menjadi lokasi penggambaran dan ditambah pula dengan pelbagai versi kisah dongeng, tempat ini menjadi sesak dengan pelancong dan masing-masing akan membaling syiling sambil membuat permintaan.
Katanya; dalam masa satu jam, Travis Fountain ini menarik sejumlah 1,200 orang. Ya benar, ia menarik. Tetapi, ada banyak lagi tempat menarik yang anda boleh terokai di Rom. Boleh skip fountain ini.
#3. Stonehenge, Wiltshirem, England
Merupakan salah satu keajaiban dunia, semestinya Stonehenge menarik ramai pelancong dari seluruh dunia untuk ke sini.
Sebenarnya, terdapat perimeter yang dibuat disini yang mana pelancong tidak dibenarkan untuk melebihi garisan tersebut. Jadi, hanya lihat dari jauh sahajalah.
Selain itu, anda yang hendak ke sini perlu bersesak dengan pelancong yang ramai dan sesak. Masing-masing akan ‘berebut’ untuk mengambil gambar terbaik. Kalau bernasib baik, mungkin dapat gambar yang cantik. Jika tak, pasti akan ada kepala orang lain dalam gambar. Hehe.
Jadi, cuba fikir balik.. berbaloi ke bayar Rm104 untuk dewasa, RM62 untuk kanak-kanak hanya untuk melihat ‘selonggok batu’?
#4. Mona Lisa, Perancis
Mona Lisa, salah satu koleksi dan lukisan paling hebat di dunia karya pelukis Leonardo da Vinci. Terletak di Muzium Louvre di Paris, muzium ini sebenarnya merupakan muzium paling ramai pengunjung di dunia.
8.1 orang pengunjung dicatatkan melawat muzium ini pada tahun 2017 dan baru-baru ini terpaksa ditutup sementara kerana pekerja mereka mogok kerana terlalu penat.
Walaupun ia sebenarnya berbaloi, tetapi jika ke sini hanya untuk ‘mencari’ Mona Lisa, boleh batalkan sahaja niat anda. Sebabnya, kawasan lukisan Mona Lisa ini teramatlah kecil dan kebiasaannya penuh sesak dengan pelancong yang ingin bergambar dengan lukisan terhebat berkenaan.
#5. Eiffel Tower, Perancis
Terkejut kan? Kenapa Eiffel Tower boleh berada dalam senarai tarikan yang tak berbaloi.
Walaupun terkenal di seluruh dunia, ia boleh dikategorikan sebagai ‘indah khabar dari rupa’. Terletak di tengah-tengah bandar Paris, ia hanyalah sebuah binaan besi yang dibina pada tahun 1887.
Jika lihat di internet, sememangnya cantik. Namun, jika anda ke sana… Anda akan merasakan ia sebenarnya biasa-biasa sahaja. Tiada yang menyeronokkan.
Ramai pelancong melabel Menara Eiffel ini sebagai tarikan pelancong yang paling overrated di dunia. Jadi tak berbaloi. Tapi, sekiranya nak pergi juga, silakan. Cuma berhati-hati dengan penyeluk saku dan scam yang banyak disana.
Nota Editor : Jarang suka ke tempat yang 'mainstream' macam ni. Lebih suka ke lokasi hidden gem. yang biasanya hanya local yang tahu.
PILIHAN EDITOR