Starbucks Terbesar Di Asia Tenggara Dibuka Di Bali - Berkonsepkan Santuari Kopi
TRAVELKeistimewaan kopi Starbucks memang tak dapat dinafikan. Keluarlah apa sahaja produk berasaskan kopi ataupun bukan, mesti ada peminat yang tersendiri. Walaupun hari ini dah banyak jenama-jenama mula bersaing, ditambah pula dengan kafe-kafe yang juga mempunyai kepakaran kopi masing-masing Starbucks tetap unggul sebagai ‘kedai kopi’ pilihan ramai.
Sebelum ini, Starbucks ada satu outlet yang terbesar di dunia di Shanghai. Kalau kita tengok rekaan dalamannya, memang lain daripada lain.
Terbaru, Starbucks dengan rasminya membuka cawangan terbesar di Asia Tenggara dan ianya terletak di Bali dan ianya salah cawangan 'Reserve'. Kalau nak ikutkan cawangan reserve ni lebih besar dan 'atas' sikit level dia dari outlet biasa.
Setakat ni ada 185 cawangan Reserve di dunia. Dekat Malaysia, cuma ada empat sahaja Starbucks Reserve setakat 2018 iaitu :
- The Gardens -
- Sky Avenue, Genting Highland
- Sunway Piramid - Oasis Boulevard
- Four Season Palace, KL
Berkonsepkan coffee sanctuary, kedai tersebut berkeluasan 20,000 kaki persegi. Selain boleh memuatkan pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa, pengunjung boleh belajar proses pembuatan kopi dari awal. Dari pemilihan biji kopi, memangang dan penyediaannya sehingga menjadi minuman.
Secara tak langsung, pelanggan yang ke Coffee Santuary ini dapat merasai dan mengalami pengalaman yang baru.
Selain direka dengan rekaan yang moden, kedai Starbucks Terbesar di Asia Tenggara ni turut dihiasi dengan bunga-bunga dan tanaman kopi sendiri. Memang sangat berbeza dari cawangan-cawangan lain.
Fakta menarik tentang Starbucks Dewata Coffee Santuary ni adalah, logonya adalah ORIGINAL.
Simbol yang digunakan adalah bunga teratai yang juga simbolik kepada kecantikan, kesuburan dan kekayaan menurut kepercayaan orang Bali.
Kalau korang ke Bali, bolehlah singgah dan ambil gambar kenang-kenangan. Bukan senang nak masuk Starbucks terbesar di Asia Tenggara kan...
Lokasi katanya di Kuta, ini alamatnya :