Tempat Menarik Dan 9 Aktiviti "Rare" Pelancong Malaysia Boleh Buat di Eastern Hokkaido Jepun
TRAVELHokkaido merupakan salah satu pulau yang terbesar terletak di negara Jepun. Dalam peta Pulau Hokkaido terletak di utara Jepun. Aku rasa semua tahu kot. Kalau yang ni tak tahu aku rasa korang mesti selalu failed subjek geografi dulu kan?
Sejak kebelakangan ini pelancong Malaysia yang datang bercuti ke Hokkaido meningkat dengan mendadak. Menurut laporan dari Tourism Jepun. Mungkin kerana penerbangan terus dari KL ke Sapporo telah membuka peluang buat orang Malaysia. Kini Air Asia menawarkan penerbangan terus ke Sapporo 4 kali seminggu sejak dari tahun 2015 lagi. So korang yang nak merasa keunikan yang ada di Hokkaido sila ke web Air Asia laju-laju sementara pihak AA sedang membuat promosi “FREE SEAT”. Jumlah pelancong Malaysia yang datang ke Hokkaido sekitar 6,000 setiap tahun. Banyak tu.
Tokachigawa Onsen Aqua Park
Apa yang ada di Hokkaido ni? Bagi rakyat Malaysia, Sapporo satu nama yang tak perlu di perkenalkan lagi everybody knows Sapporo. Apa yang aku nak introduce kat korang adalah tempat-tempat rare yang korang boleh pergi di EASTERN HOKKAIDO. Eastern Hokkaido terdiri dari Abashiri, Akan, Shiretoko, Nemuro, Kushiro, dan Obihiro. FAM trip yang lepas aku sempat cover Abashiri, Akan dan Obihiro di Eastern Hokkaido dan juga Sapporo yang terletak di Central Hokkaido.
Eastern Hokkaido lebih di kenali dengan pemandangan semula jadi yang pasti menawan disebabkan masih lagi terjaga tanpa sentuhan pembangunan. Kira semua kat sini all about nature. Sebab tu korang tak leh dapat pengalaman kat sini di mana-mana tempat di muka bumi ini.
Kalau nak pergi Eastern Hokkaido korang boleh ambil flight dari Sapporo terus ke Abashiri (Memanbetsu Airport) kira-kira 1 jam penerbangan. Selain itu korang boleh juga fly ke Shiretoko (Nakashibetsu Airport), Kushiro (Khusiro Airport) dan Obihiro Airport. Selain dari Sapporo korang boleh fly dari Tokyo juga.
Hari tu aku fly dari KL ke Sapporo then fly ke Abashiri. Kalau korang banyak masa boleh naik train dari Sapporo ke Abashiri.
Jom kita tengok apa aktiviti dan tempat-tempat yang sempat aku singgah selama 6 hari trip di Hokkaido ni.
Sapporo
LOKASI: ABASHIRI
AKTIVITI: ABASHIRI DRIFT ICE TOUR BOAT “AURORA”
Ice Drift Tour
Hari pertama dan tempat pertama aku pergi adalah Abashiri. Dekat Abashiri ni paling famous aktiviti yang korang boleh buat adalah Abashiri Ice Tour Boat atau Aurora. Pada mereka yang tak tahu apa benda ni meh aku story sikit. Ice Tour ni korang akan naik boat atau ferry then akan di bawa ke laut untuk aktiviti breaking ice cube kat laut. Korang boleh tengok macam mana ice tu break setelah kapal tu langgar. Ala macam filem titanic tu je. Tapi ice dia kecil-kecil. Paling excited korang boleh dengar tau bunyi ice tu pecah. Dikatakan juga bunyi dia seakan akan binatang sedang memanggil. Tambah pula dengan pantulan dari cahaya matahari yang hampir tenggelam tu boleh tengok ice tu berkilau. Sumpah the most interesting I have ever seen for entire of my life. Gittew!!
Matlumat lanjut korang boleh baca sini [Link]
Abashiri Drift Ice Seihtseeing & Icebreaker Ship
Info Lanjut:
- Kapal akan mula berlepas di Roadside station (Ryuhyokaido Abashiri Michi no eke)
- Hujung Jan – Awal April (bergantung kepada musim)
- Tiket masuk 3,300 yen untuk dewasa dan 1,650 yen untuk kanak-kanak
- Duration: 1 jam
- Tel: 0152-43-6000 (Doto Kanko Kaihatsu Co)
LOKASI: ABASHIRI
AKTIVITI: SMELT FISHING DI LAKE ABASHIRI
Smelt Fishing
Selain Ice breaking tour, Smelt Fishing juga antara aktiviti yang cukup popular dalam kalangan pelancong mahupun masyarakat tempatan di sini. Aktiviti ini hanya boleh di lakukan semasa musim sejuk sahaja. Kebanyakkan tasik di sekitar Hokkaido ni boleh dijadikan tempat untuk smelt fishing. Smelt Fishing ini aktiviti yang korang lakukan di atas tasik yang sudah pun membeku. Lubang akan di gali menggunakan alat drill dan seterusnya aktiviti memancing di jalankan. Ikan yang biasa di tangkap adalah sejenis ikan Wakasagi. Dah dapat ikan korang akan boleh terus memasak di tempat korang memancing tu. Untuk cerita lebih lanjut boleh baca pengalaman aku smelt fishing si sini [Link].
Menikmati Ikan Wakasagi Tempura bersama wakil dari Gaya Travel Magazine
INFO LANJUT:
- Musim: Awal Januari – Pertengahan Mac
- Masa: 8:30 AM - 4:00 PM
- Fee/Fishing Fees - Adults 800 JPY, Children 400 JPY
- Rentals - Pole 150 JPY, Chair 100JPY, Hook rig 250 JPY
- Other- Bait 200 JPY, Hole Drill 300 JPY
- Location: On Lake Abashiri
- Tel: 81-152-44-5849 (Abashiri Tourism Association)
- Access: Bus 10 min. from Abashiri Sta. on the "Bihoro Route" or "Memanbetsu Airport Route "Bus Get off the bus at "Abashiri Kosou Mae"
LOKASI: AKAN
AKTIVITI: BUNGA API DI LAKE AKAN ICE AISU (LOVE)
Bunga Api di Lake Akan
Hari ketiga aku terus bertolak dari Abashiri ke Akan. Perjalanan kira-kira 3 jam. Sepanjang perjalanan aku dihidangkan dengan pemandangan yang cukup indah sebab semua putih. Maklumlah musim salji. Excited betul bila dapat tengok snow ni. Aku sampai di Akan pun dah petang dalam jam 4 petang macam tu. Hari pun dah nak gelap. Lepas check in di Hotel New Akan sempatlah rehat sekejap sementara malam nanti nak tengok bunga api di tasik Akan yang membeku.
Apa yang istimewanya bunga api di tasik Akan ni adalah ianya di pasang di atas tasik Akan. Dengan langit yang cerah dan suhu di bawah 0 darjah membuatkan cahaya bunga api lebih menyerlah. Kat tasik ini juga cukup meriah dengan penduduk tempatan yang datang meluangkan masa di malam minggu. Kalau ada budak2 mesti lagi seronok sebab kat sini pun boleh meluncur di atas ais. Kebanyakkannya hanya kanak-kanak je lah yang main. Tapi malam tu sempat juga aku menjadi kanak-kanak riang.
Town di sekitar Akan
Info:
- Alamat: Akancho Akankonsen, Kushiro-shi, Hokkaido
- Tel: +81-154-67-3200
- Masa: 3rd Feb – 10th Mac (7.30ptg)
- Fees: Free
LOKASI: TOKACHIGAWA
AKTIVITI: TOKACHI FARM HORSE EXERCISE
Tokachi Farm Horse Exercise
Melihat bagaimana kuda-kuda di Hokkaido di latih dan gaya hidup kuda samasa musim sejuk merupakan sesuatu yang tidak boleh di lepaskan untuk menyaksikannya. Terfikir juga hidupan semasa musim sejuk ni. Kuda di Hokkaido ni tak sama dengan kuda tempat lain. Serius weh kuda kat sini gemok-gemok. Geram je aku. Semasa musim sejuk kuda-kuda di sini di beri latihan supaya kekal cergas dan sihat. Walaupun kuda yang tengah bunting. Mereka pun perlu latihan juga bagi memudahkan untuk bersalin kelak. Selain itu, kuda ini akan menyertai Banei Horse Racing pada bulan April nanti. Event ini hanya ada di sini sahaja.
Aktiviti ini hanya terbuka kepada “small group” sahaja. Sebab tak nak nanti menggangu kuda-kuda ni nanti. Binatang kan cepat stress. Horse Exercise juga hanya di buka pada bulan Januari dan Februari sahaja.
Besar besar kan. Gemok pulak tu
Benei Horse Racing
Benei Horse merupakan perlumbaan kuda yang unik, mempunyai 200m panjang track dan 2 halangan yang perlu di atasi oleh kuda-kuda yang bertanding sambil mengheret beban lebih kurang 1 tan. Perlumbaaan ini bukan sahaja tentang kepantasan kuda tetapi skill penunggang kuda dan stamina kuda juga di ambil kira.
Info:
- Masa: 30 minit – 1 Jam dari 9.30am pada hari bekerja
LOKASI: TOKACHIGAWA ONSEN AQUA PARK
AKTIVITI: SNOWRAFTING
Masing-masing muka excited
Kalau datang Hokkaido musim sejuk memang tak sah kalau tak cuba Snow rafting. Kat Malaysia tak der benda ni! Kalau ada pun rafting dalam sungai jer. Di Tokachigawa ni korang boleh cuba sukan yang agak extreme sikit lah. Macam naik ATV jer. Bezanya kali ni aku naik snowmobile. Tak susah nak handle pun macam naik motor sahaja. Lokasinya adalah di Tokachi River Hot Spa Swan (Aquapark). Kawasan ni pun banyak swan liar yang berkeliaran. Datang sini sebab nak makan jer. Selain tu ada juga itik. Tetiba je teringat dekat itik yang aku makan sebelum aku sampai kat tempat ni. Rasa bersalah lah pulak. Selain snowmobile korang juga boleh layan banana boat. Jangan pelik ye! Kat sini banana boat di atas snow. Kalau tempat kita di pantai. Bagi yang takut nak naik banana boat biasa tu apakata korang cuba banana boat atas snow ni.
Snowmobile
Fokus. Best wooo
Tokachigawa Onsen Aqua Park
Info:
- Lokasi: The Tokachi Nature Center
- Snow Rafting: 600Yen/dewasa, 500Yen/kanak-kanak
- Snowmobile: 1,100yen/basic, 3,780yen/short tour
- Tel: 0155-32-6116
LOKASI: TOKACHIGAWA
AKTIVITI: TOKACHIGAWA ONSEN
rendam kaki
Onsen merupakan tempat yang paling popular di Jepun. Di mana-mana kat Jepun mesti ada onsen. Lagi-lagi bila musim sejuk macam ni. Onsen adalah tempat paling best untuk lepak. Bayangkan kat luar tengah sejuk pastu ko tengah berendam dalam air panas semulajadi. Perghhh syok beb. Dulu aku memang tak suka nak masuk onsen ni sebab kena bogel. Tapi lepas try sekali memang rasa nak lagi. Malu tu perkara biasa sebab adat orang kita kan tapi bila bogel dengan stranger nak malu apa. Lainlah kalau pergi dengan kawan-kawan.
Di Hokkaido terlalu banyak onsen. Hampir setiap hotel yang kami stay ada onsen, dan tiap kali itu jugalah aku akan cuba berendamt dalam onsen tu, setelah seharian menapak kan. Malam-malam kita lepak dalam onsen. Boleh kembalikan tenaga kembali.
Salah satu Onsen yang popular di Hokkaido adalah Garden Spa Tokachigawa Onsen. Tempat ini bukan sahaja ada onsen malah ada juga restoran yang menghidangkan makanan tempatan. Jangan risau makanan kat sini banyak yang halal sebab kebanyakkannya adalah seafood. Selain itu kat sini juga ada workshop dan produk buatan tempatan. Sesuai untuk souvenir korang bawa balik ke Malaysia. Sumber air panas di Onsen ini daripada sungai berdekatan.
Info:
- Tokachigawa Onsen Tousrism Assosciation
- Tel: +08-155-32-6633
- www.tokachigawa.net
Selain itu, ada juga aktiviti Tokachigawa Swan Festival atau “Sairinka” Di adakan pada lewat Januari hingga akhir mac bertempat di Takachigaoka Park (Hannaku Square). Festival ini menampilkan lampu-lampu neon di atas snow dan bunyi illuminates.
LOKASI: SAPPORO
AKTIVITI: SAPPORO SNOW FESTIVAL
Red block building
Setelah habiskan 4 hari di Eastern Hokkaido aku teruskan perjalanan ke Sapporo. Iaitu destinasi terakhir sebelum pulang ke tanah air. Apa yang korang boleh buat di Sapporo semasa musim sejuk adalah sertai Sapporo Snow Festival. Snow Festival merupakan salah satu event yang terbesar di Jepun. Event ini juga merupakan penyumbang terbanyak pelancong yang datang ke sini. Jadi kalau korang ke Hokkaido memang wajib singgah sini. Hampir 2 juta pengunjung yang datang ke Snow Festival setiap tahun. Event ini di adakan di Odari Park. Pada bulan Februari Sapporo akan bertukar menjadi winter dreamland. Inilah masanya untuk korang menghayati musim sejuk di Jepun.
Selain daripada replika yang di perbuat dari ais, di sini juga berlangsungnya Shiroi Koibito Park Air Jump. Banyak negara yang menyertai pertunjukkan ini di tengah-tengah bandar Sapporo. Tak payah nak pergi ke resort-resort untuk tengok ski jump.
Antara replika yang sempat aku kenal adalah Final Fantasy XIV: Artic Armageddon, Taiwan – Former Taichung Station, Stockholm Cathedral, The Great Lecture Hall of Yakushiji Temple Nara, Tezuka All Stars dan banyak lagi lah.
Info:
- Di buka pada bulan Februari setiap tahun
- Lokasi: Odari Park
- www.snowfes.com/english/index.html
LOKASI: SAPPORO
AKTIVITI: SHOPPING DI SAPPORO
Datang Jepun rugi tak shopping. Banyak barangan murah yang ada di sini. Lagipun jenama terkenal pun banyak berasal dari Jepun. Antara tempat yang korang boleh shopping adalah Daimaru Sapporo dan Sapporo Factory.
Daimaru Sapporo
Daimaru Sapporo di buka setiap hari termasuklah pada cuti tahun baru. Selain shopping kat sini ada juga UCC Café Confort di tingkat 8 dan Pokemon Center Sapporo terletak di tingkat 6 di buka sehingga jam 10 malam.
Sapporo Snow Festival
Sapporo Factory
Sapporo Factory merupakan shopping mall terbesar di Sapporo. Di buka pada tahun 1993 mempunyai lebih 160 clothing stores, kedai souvenir, restoran, kafe, dan juga movie teather. Sapporo Factory hanya 5 minit jalan kaki dari stesen Bus Mae station dan juga Tozai Subway Line. 15 minit jalan kaki dari JR Sapporo Station.
Info:
- Operation Hours: 10pg – 8mlm
- Restoran: 11pg – 10mlm
- Surau untuk solat di sediakan di kedua dua Mall ini
Shiroi Koibito Park Air Jump
Ruangan solat di Sapporo Factory
LOKASI: SAPPORO
AKTIVITI: MT MOIWA ROPEWAY
View from Mt Moiwa
Amazing Night View Point
Untuk pengetahuan korang, Sapporo telah di pilih antara salah satu daripada 3 tempat yang terbaik untuk melihat view di waktu malam. Lagi dua tempat adalah Kobe dan Nagasaki. Kobe aku dah pergi. So next target adalah Nagasaki. Mt Moiwa bukan sahaja cantik semasa musim sejuk malah setiap musim pun cantik. Ketinggian Mt Moiwa adalah 531 meter dan dari atas ini boleh lihat view 360 darjah Sapporo.
Dekat atas ni juga ada satu bell tower. Im not sure the actual name of this bell. But fungsi bell ni adalah untuk pasangan yang bercinta lock cinta diorang. Orang bujang pun boleh juga. Katanya lepas kita bunyikan bell tu akan hadir pasangan hidup korang. Abang pun buat lah gigih 2 kali tau. Lepas turun abang kecewa sebab pasangan abang tak muncul-muncul pun. Hehe
Bell Tower
Apapun Mt Moiwa ni memang cantik. Korang wajib tau singgah sini. Tahun lepas masa ke Sapporo musim bunga tak sempat singgah pun. Alhamdulillah dapat singah untuk musim sejuk.
Itu sahaja lah coretan aku sepanjang lebih kurang 6 hari di Hokkaido. Memang tak puas kalau boleh nak stay sini sebulan. Banyak lagi tempat menarik yang tak sempat aku singgah. Jadi korang yang datang ke Hokkaido silalah jelajah di Estern Hokkaido juga. Banyak aktiviti dan tempat menarik yang diorang boleh offer. Tak nyesal aih kalau pergi.
Selain tempat yang menarik, Jepun juga merupakan negara yang mesra muslim. Maksudnya korang nak cari makanan halal dan tempat solat pun tak susah. Antara tempat yg korang boleh solat adalah New Chitose Airport, Mall di Jepun, Hotel dan juga Resort.
Makanan halal pun banyak kat sana. Memang sangat mesra muslim sebab itulah Jepun merupakan antara top destinasi bagi orang muslim untuk bercuti.
Untuk next posting aku akan cerita tips travel dan etika ketika melancong di Jepun! So lepas ni tak adalah pelancong bod*h dari Malaysia yang buat hal kat Jepun dah. Kita jelajah tempat orang ni buka sikit mata dan minda serta otak tu. Jangan jadi jakun sangat kat tempat orang. Kita datang tempat orang ini bawak otak bukan bawa pisau. (Merujuk kepada kes vandalism di Kyoto dan berak kat tempat mandi tahun lepas)