Nak Bawa Pasangan Bulan Madu Di Dalam Negara? Ini 5 Resort Bawah RM600!

TRAVEL
May 29, 2023 - 11:38 AM


Tanya mana-mana pasangan yang dah berkahwin bilakah masa sesuai untuk mereka meluangkan masa dan mereka akan menjawab sewaktu berbulan madu. Sudah tentu mereka menginginkan tempat yang luar biasa dan mahukan perbezaan daripada percutian yang sebelumnya.

Duit dah banyak habis untuk persiapan kahwin semestinya korang nak percutian mewah tanpa perlu keluarkan banyak duit-kan. Cukup berbulan madu dalam negara je sebab banyak tempat percutian khususnya resort yang menawarkan harga yang berbaloi.

Sini min bagi korang 5 resort Malaysia yang sangat romantik.

1. Japamala Resort, Pulau Tioman

Sebuah resort menawan yang terletak di hujung Pulau Tioman yang menghijau. Mengambil masa lebih daripada 10 tahun untuk kekalkan ekosistemnya yang kaya kekal tidak disentuh dan mempunyai persekitaran yang sangat mengagumkan.

Japamala Resort menjanjikan pemandangan lautan dan pokok-pokok sekitar yang sangat cantik dan juga terdapat kolam peribadi di Villa Luxe Sarang Hutan dan Villa Sarang Hillside. Semestinya percutian korang lebih sweet bila luangkan masa bersama di kolam renang sambil melihat matahari terbenam.

Bilik di Japamala Resort yang menyediakan kolam renang peribadi ini bermula pada RM410. Sudahlah cantik, murah pula tu dan mungkin menjadi honey moon impian korang.

Alamat : Japamala Resort, Kampung Lanting, 26800, Pahang.

Hubungi 09-4197777 untuk pertanyaan lanjut.

2. Grand Lexis Port Dickson, Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson mempunyai 317 vila yang semuanya mempunyai kolam peribadi serta resort ini mempunyai vila yang terletak di atas air dan juga vila yang terletak di daratan.

Min syorkan Vila Kolam Deluxe -- vila berukuran 62 kaki persegi yang selesa ini direka khas untuk pasangan dan mempunyai panel kaca untuk melihat laut menerusi lantai vila, sebuah dapur kering dan sebuah bilik mandi yang dilengkapi dengan pancuran air.

Grand Lexis Port Dickson menawarkan pelbagai aktiviti untuk pasangan baru melayarkan bahtera perkahwinan ketika di sana. Selain berbasikal, lapangan memanah dan sebuah bilik karaoke disediakan oleh resort ini.

Harga sebuah bilik di Grand Lexis Port Dickson bermula dari 501.

Alamat : Grand Lexis Port Dickson, Batu 2, Jalan Seremban, Port Dickson, 71000, Negeri Sembilan

Hubungi 06-6532000 untuk pertanyaan lanjut. 

3. The Orchard Wellness & Health Resort, Melaka

Terletak di kawasan terpencil di Melaka ialah The Orchard Wellness & Health Resort yang berkonsep di sekitar penginapan yang relaks dan memfokuskan kecergasan dengan perkhidmatan seperti yoga, meditation class, program kecergasan dan spa yang tersedia.

Villa ini tersembunyi di sebalik belantara yang indah dan mempunyai ruang luas sehingga 120 meter per segi yang korang akan miliki sendiri serta akan buatkan korang rasa percutian ini amat romantik. Hiasan dalaman The Orchard Wellness & Health Resort pastinya buat korang susah untuk lupakan pengalaman ber-honey moon di sini.

Semua tetamu diberi kebebasan untuk ke ladang buah-buahan di sekeliling The Orchard Wellness & Health Resort secara percuma. Nikmati buah-buahan yang dipetik segar seperti rambutan, longan, durian dan banyak lagi.

Harga sebuah bilik The Orchard Wellness & Health Resort ini bermula daripada RM533 semalaman.

Alamat : The Orchard Wellness & Health Resort,No. 63, Jalan Solok Uban, Kampung Brisu, Lubok China, 78100, Melaka

Hubungi 06-5528999 pertanyaan lanjut.

4. Lexis Suites Penang, Penang

Lexis Suites Penang hanya mengambil masa 10 minit daripada Lapangan Terbang Pulau Pinang dan terletak di sederet pantai di Teluk Kumbar.

Apa yang membezakan Lexis Suites Penang daripada resort-resort lain adalah semua bilik terletak dalam sebuah bangunan setinggi 26 tingkat di tepi pantai.

Kesemua 222 bilik yang disediakan di Lexis Suites Penang mempunyai sebuah kolam peribadi dan bilik stim. Korang boleh pilih antara Suite Kolam Eksekutif yang lebih kecil atau Suite Kolam Premium. 

Lokasi hotel agak jauh dari kawasan bandar, jadi ia merupakan destinasi pelancongan yang romantik buat korang tanpa sebarang gangguan. Kalau korang nak buat candle light dinner, restoran yang ada di Lexis Suites Penang turut sediakan Restoran Jepun UMI dan Cafe Roselle.

Harga sebuah bilik di Lexis Suites Penang bermula daripada RM461 semalaman.

Alamat : Lexis Suites Penang, 28, Jalan Teluk Kumbar, 11920, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Hubungi 04-6282888 untuk pertanyaan lanjut.

5. Lexis Hibiscus, Port Dickson

Lexis Hibiscus mendapat namanya kerana villa kolam yang cantik di atas air berbentuk bunga raya. Resort mewah ini di persisir pantai Port Dickson tentunya akan memikat hati orang yang korang cinta!

Lexis Hibiscus menawarkan rangkaian villa bermula daripada Villa Kolam Eksekutif sehinggalah ke Suite Presiden yang sangat-sangat mewah. Kebanyakan villa mempunyai dua katil bersaiz king jadi korang tak perlu risau langsung tentang ruang tidur. 

Namun villa seperti Sky Pool terletak di bangunan hotel atas darat dan bukannya merentas air tapi masih lagi terdapat kolamnya sendiri dan pemandangan laut yang hebat. Jadi pilihlah villa yang paling sesuai dengan keperluan korang.

Selain mempunyai kolam peribadi, setiap villa juga mempunyai bilik stim dan panel kaca untuk melihat kehidupan laut. Nampaknya inilah percutian terbaik untuk diluangkan bersama pasangan korang.

Harga sebuah bilik di Lexis Hibiscus, Port Dickson bermula daripada RM588 semalaman.

Alamat : Lexis Hibiscus, Batu 2, Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250, Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi 06-6602626

Banyak sebenarnya tempat untuk ber-honey moon murah-murah dan berpatutan buat korang yang menginginkan percutian 5 bintang. Tak perlu peningkan kepala fikirkan kos yang tinggi untuk bahagiakan pasangan selepas usai menjadi 'Raja Sehari'. 

Di Malaysia, semuanya ada!

Destination: