'Kampus Avengers' Dibuka Secara Rasmi Di Disneyland California, 18 Julai Depan!

TRAVEL
March 19, 2020 - 01:05 PM


Adakah korang seorang antara jutaan peminat fanatik watak adiwira Marvel terutamanya superhero Avengers? Jika ya, berita ini pastinya satu khabar gembira untuk korang.

Bermula musim panas depan atau lebih tepat pada 18 Julai 2020, sebuah "Kampus Avengers" akan dibuka secara rasmi di Disney California Adventure Park.

Tarikan terbaharu itu dipanggil sebagai kampus memandangkan ia direka seakan pusat latihan khas buat generasi baru Avengers merasai pengalaman sebenar aksi-aksi lasak yang dilakukan adiwira seperti Iron-Man, Spider-Man, Black Widow, Ant-Man, Doctor Strange dan ramai lagi.

Malah, rekaan Kampus Avengers itu juga digambarkan persis seakan Kompleks Strak Industries milik Tony Stark dalam filem box-office tersebut.

Pelbagai tema dan konsep disediakan untuk para pengunjung merasai sendiri keseronokan di Kampus Avengers ini dan paling utama adalah taman ‘Worldwide Engineering Brigade’ (WEB).

Di situ, pengunjung dapat berpeluang menikmati inovasi terbaru mereka iaitu kenderaan ‘Web Slinger’ yang membolehkan korang meluncur secara interaktif dan melakukan aksi menembak jaring labah-labah seperti Spider-Man untuk membantu adiwira tersebut.

Selain itu, korang juga dapat mengecilkan atau membesarkan makanan di taman yang berkonsepkan ‘Pym Test Kitchen’ sama seperti dalam filem Ant-Man and The Wasp.

Malah bagi korang yang teringin untuk mempelajari seni mempertahankan diri, korang juga berpeluang berlatih bersama watak kegemaran ramai iaitu Black Panther dan pengawal elit Wakanda, Dora Milaje serta Doctor Strange di taman ala-ala 'Sanctum'.

Selain di Disneyland California, Kampus Avengers juga dijangka dibuka di Disneyland Paris pada tahun 2021 dan Hong Kong Disneyland pada tahun 2023.

Sama-sama kita nantikan!!

Destination: