Nama-Nama Tempat Yang Pelik Di Malaysia Dan Kisah Disebaliknya
TRAVELTerdapat pelbagai tempat menarik di Malaysia ni yang sering dikunjungi oleh orang ramai seperti Genting Highland, Afamosa, Langkawi dan banyak lagi lah nama tempat yang cukup terkenal. Tapi korang tahu tak, ada juga tempat dalam Malaysia ni yang dengar nama je pasti membuatkan korang pelik. Ada pula kisah disebalik nama tersebut. Jom kita tengok 5 tempat dengan nama yang pelik di Malaysia.
1) Kampung Penajis – Negeri Sembilan
Sekali dengar pastinya seperti sesuatu yang kotor dan menjijikan. Sebenarnya, kampung ini terdapat kisahnya yang tersendiri. Dikatakan bermulanya kerajaan Negeri Sembilan di kampung ini lah, dimana disinilah Raja Melewar ditabalkan menjadi Yam Tuan Besar. Menurut cerita, nama Penajis itu bererti mahkota, orang yang memakai mahkota atau dimahkotakan. Nama itu diangkat dari bahasa Saskrit Tajeh.
2) Kampung Imam Lapar – Terengganu
Sekali dengar, memang agak kelakar tapi nama kampung ni ada kisah disebaliknya. Kononnya, dulu ada 2 pedagang musafir yang tiba di kampung itu. Mereka kelaparan dan keletihan lalu terjumpa dengan sebuah imam. Mereka memanggil imam itu dan berkata, “Imam, lapar”. Jadi bermula dari sini lah nama kampung Imam Lapar diambil. Kampung yang hanya mempunyai 350 kapasiti penduduk dan terletak 23 kilometer dari Kuala Terengganu ini ada kalanya berjaya menarik minat pengunjung untuk hadir melawat kampung ini.
3) Kampung Desa Temu Jodoh – Johor
Siapa yang masih single boleh lah datang ke Kampung Desa Temu Jodoh yang terletak di daerah Segamat, Johor ni. Dari nama sahaja kita dah tahu, bahawa kampung ini semestinya ada kaitan dengan mencari jodoh. Pada tahun 1977, terdapat 24 pasangan telah diijabkabulkan dan segala kos perkahwinan ditanggung oleh Menteri Besar Johor pada Ketika it. Dari situlah, nama kampung ini menjadi Kampung Desa Temu Jodoh. Jadi kalau korang rasa kesunyian, boleh lah cuba cuba datang ke sini, mana tahu bertemu jodoh.
4) Mambang Di Awan – Perak
Korang mesti pernah dengan perkataan Mambang dalam filem dulu-dulu, tapi tahu tak, di negeri Perak juga terdapat sebuah pekan yang dikenali sebagai Mambang di Awan. Menariknya, nama pekan ini diambil kerana dikatakan bahawa terdapat seorang bidadari atau mambang telah turun ke pekan tersebut. Namun, rata-rata penduduk mengatakan bahawa, zaman dahulu kumpulan pelombong biji timah sedang berehat dan terbayang akan bidadari di Kawasan awan. Macam-macam ye, sampaikan mambang juga boleh dijadikan nama tempat.
5) Kampung Baru Jumpa – Sabah
Korang jangan pelik bila tahu tentang kampung ni, Namanya memang baru bagi korang dan orang yang duduk di luar dari Tenom, Sabah. Asalnya, nama kampung itu ialah Kampung Pa'Meluyan pada tahun 1959 dan kemudiannya ditukar kepada Kampung Baru Jumpa. Namun, disebalik Namanya yang unik, kampung ini juga maju dan diangkat sebagai kampung contoh kerana hasil pertanian seperti koko, padi dan getah yang dihasilkan
Tak Sangka Setiap Tempat Tu Ada Sejarah Tersendiri Kan?
Jadi korang tentunya berasa geli hati dan pelik dengan nama-nama tempat seperti di atas. Tetapi yang pastinya, nama yang unik di tempat ini lah yang menjadikan tempat-tempat ini dikunjungi penduduk luar. Pelik tapi nyata bahawa tempat-tempat ini benar-benar wujud di Malaysia.