Panduan Travel 8 Tempat Menarik Di Bangkok, Thailand Wajib Pergi!

TRAVEL
January 14, 2020 - 05:20 PM


Ibu negara Thailand, Bangkok setiap tahun menerima kunjungan pelancong yang tidak putus dan rata – rata pelancong akan ‘rindu’ akan suasana unik, istana dan juga kuil yang ikonik di sana. Jika nak dirumuskan, Bangkok boleh disebut sebagai destinasi yang unik dan sesuai untuk semua jenis pelancong dan bajet. Nak travel secara berkumpulan, solo semuanya boleh.

Waktu Paling Sesuai Untuk Ke Bangkok

Kalau nak diikutkan, cuaca di Bangkok agak sama dengan Malaysia dan waktu paling sesuai untuk kesana adalah antara bulan November sehingga Mac yang mana cuaca pada bulan tersebut panas dan bolehlah terokai bandar Bangkok. Kalau taknak sesak, pergi pada ‘off-season’ iaitu April hingga Oktober, hotel boleh dikatakan agak murah pada waktu ini cuma bersedialah untuk musim hujan.

Tips : Kalau nak merasai pesta Songkran, pergi pada bulan April. Biasanya ia akan disambut pada April dan secara tak langsung menandakan musim ‘pelancongan’ habis.

Festival Songkran 2020 akan berlansung pada 13 - 15 April 2020

Biasanya, ramai pelancong jadikan Bangkok sebagai persinggahan sebelum ke kawasan – kawasan lain di Thailand seperti Phuket, Chiang Mai dan lain – lain. Cuma, bila dah taraf ibu negara tu, ia agak sesak sikit lah.

Jika anda ada perancangan ke Bangkok, jangan lupa singgah ke 8 tempat menarik di Bangkok ini :

#1. Grand Palace

Kredit Instagram @j_life_story & @through_lisas_eyes

Grand Palace merupakan tarikan pelancongan paling banyak menerima kunjungan pelancong. Bukaklah mana – maan travel guide tentang Bangkok, pastinya mereka ada menyebut Grand Palace sebagai tempat yang patut dilawati.

Dibina pada tahun 1782, Grand Palace merupakan istana rasmi raja – raja Thailand dan masih digunakan untuk upacara – upacara penting dan menerima kunjungan hormat dari mana – mana negara.

Untuk memasuki kawasan istana ini, dinasihatkan pelancong untuk berpakaian sopan (pakai pakaian berlengan dan menutup kaki).

Salah satu tarikan disini ialah Wat Phra Kaeo yang mana ia menempatkan binaan Buddha yang diperbuat daripada batu Jed.

Lokasi : Na Phra Lan Road, Phra Borom Maha Ratchawang, Phra Nakhon

Waktu Operasi : 8.30 pagi hingga 3.30 petang

Bayaran Masuk : 400 Baht (RM50 +/-)

#2. Wat Pho

Kredit to Instagram @alex_lehmann_ & @ninazulkafli

Wat Pho atau dikenali sebagai Temple of Reclining Buddha. Kalau nak tahu, dekat sinilah tempat dikatakan asalnya teknik urutan Thai yang selalu disebut-sebut tu. Selain itu, salah satu tarikan disini adalah patung Buddha yang berbaring, 46 meter saiznya!

Kalau nak cuba urutan Thai yang original dan ‘halal’ dekat sini ada disediakan dengan harga sekitar 200 Baht.

Lokasi : Sanam Chai

Waktu Operasi : 8 pagi – 5 petang

Bayaran Masuk : 50 Baht (RM6 +/-)

#3. Wat Arun (Temple of Dawn)

Kredit to Instagram @gabiluthai

Menurut cerita, Wat Arun dibina pada zaman perang antara Siam (Thailand) dan Burma (Myanmar) lagi. Boleh dikatakan keseluruhan kawasan Ayutthaya musnah menjadi abu dan ketika itu General Taksin dan mereka yang terselamat daripada perang tersebut bersumpah untuk berjalan sehingga matahari terbit dan membina kuil disana.

Wat Arun merupakan kuil tersebut. Raja baru Thailand (pada waktu itu) kemudiannya mendirikan istananya disini dan pusat ibadat peribadi.

p/s: Datang waktu senja, pemandangan Sungai Chao Praya waktu senja memang lain macam aura dia.

Lokasi : Bahagian Barat Sungai Chao Praya (Berdepan dengan Tha Thien Pier)

Waktu Operasi : 8 pagi – 5.30 petang

Bayaran Masuk : 50 Bhat (RM6 +/-)

#4. Wat Benchamabophit (The Marble Temple )

Wat Benchamabophit juga dikenali sebagai kuil marmar atau Marble Temple disebabkan binaannya yang diperbuat dari bahan berkenaan. Dikhabarkan, ini merupakan kuil tercantik di Bangkok selain mempunyai seni bina asal dan tradisional Thailand iaitu ciri bumbung berlapis serta dekorasi seakan – akan burung.

Ciri binaan seakan – akan burung ini dikenali sebagai Chofah.

Lokasi : 69, Jalan Nakornpathom, Dusit

Waktu Operasi : 8 pagi – 5.30 petang

Bayaran Masuk : 20 Baht (RM2.50 +/-)

#5. Wat Suthat

Kalau anda perasan, kebanyakkan gambar poskad atau gambar untuk mempromosikan Bangkok akan menampilkan Wat Suthat. Dibina 2 tahun selepas Bangkok dijadikan ibu negara Thailand pada 1782, usia wat ini sudah melebihi 200 tahun.

Menurut sejarah, pembinaan wat ini amatlah lama iaitu 3 orang raja, bermula dengan Rama I pengasas dinasti Chakri dan diteruskan oleh Rama II. Binaan wat ini diselesaikan oleh Raja Rama III 10 tahun selepas pembinaannya dimulakan. Kalau nak ikutkan, wat ini kurang popular berbanding wat-wat yang ada di Bangkok, jadi kurang sesak sikit disini.

Selain kompleks Wat ini sendiri, salah satu tarikan utama yang berdekatan kawasan ini adalah buaian gergasi (Giant Swing) setinggi 21 meter yang dibina pada tahun 1700 dan digunakan sebagai salah satu elemen kebudayaan Hindu (Brahmin). Asalnya ia adalah upacara tahunan yang diadakan pada setiap Disember selepas musim menuai. 3 orang perlu menaiki buaian ini sebelum ianya dipusingkan. Dikhabarkan, mereka akan cuba menyambut karung duit perak menggunakan gigi sebelum acara ini diharamkan pada tahun 1931 oleh Raja Rama VII kerana banyak kematian dan insiden.

Lokasi : Jalan Bamrung Muang

Waktu Operasi : 8.30 pagi – 9 malam

#6. National Museum Bangkok

Menurut cerita, muzium ini merupakan satu – satunya muzium yang ada di Thailand sehinggalah pertengahan tahun 1970. Disebabkan itu, koleksi artifak di muzium ini ada bermacam – macam jenis dan sangat banyak.

Untuk lebih mesra pengunjung, setiap pameran ada dilabelkan dengan bahasa Inggeris selain lawatan yang turut dibawa oleh mereka yang tahu berbahasa inggeris.

Selain pada muzium terawal di Thailand, ini juga merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara, koleksi kesenian disini dikatakan yang terbaik selain dari koleksi peribadi keluarga di-Raja Thailand. Tour percuma disediakan pada hari Rabu, Khamis dan Sabtu.

#7. Khaosan Road

Kredit to Instagram @martimoretti

Khaosan Road merupakan kawasan yang paling padat dengan pelancong selain menjadi lokasi tumpuan backpackers dan hostel. Ramai backpackers dan pelancong suka ke sini disebabkan keadaan persekitarannya yang agak happening dengan banyak kedai murah dan ‘syurga’ streetfood.

Kalau korang suka ketenangan, dinasihatkan jangan cari hotel atau hostel dikawasan ini. Biasanya kawasan tumpuan pelancong ni, rate dia mahal daripada biasa selain keadaan sesak dan bising.

#8. Chatucak Market

Kredit to Instagram @milestonesproject & @inchessiman

Pasar Minggu Chatuchak adalah pasar malam yang terbesar di dunia. Nak cari makanan, baju, sampailah perabot, ada dijual dekat sini.

Kalau nak diikutkan, Pasar Chatuchak ni terkenal sebab pasaran haram reptilia, burung dan hidupan liar. Kalau terjumpa, korang cuci mata ajelah. Apa yang berbaloi nak dibeli disini adalah sutera thai, baju dan barangan kraf. Katanya jauh lagi murah daripada yang dijual dekat tempat lain.

Lokasi : Chatuchak

Waktu Operasi : Sabtu Ahad – 9 pagi sampai 6 petang.

Tips dia, datang awal.

Kredit to Instagram @przemyslv

p/s : Dah sampai Bangkok tu, boleh juga singgah di Damnoen Saduak, pasar terapung yang terletak di Ratchaburi, 1.5 kilometer dari Bangkok.


Cakap pasal Bangkok ni, baru – baru ni rasanya ada ternampak yang Senheng tengah adakan kempen ‘“New Year Seasonal Wonders’ yang mana hadiah utamanya adalah TRIP PERCUMA KE BANGKOK untuk 20 pemenang.

[ Menangi Percutian Eksklusif 5 Hari 4 Malam Ke Bangkok ]

Syaratnya mudah je :

Pertama; jadi ahli PlusOne dan beli apa – apa barangan dari Senheng (tiada belian minimum).
Kedua, muatnaik video atau gambar anda menggunakan produk yang dibeli tersebut dan postkan di Facebook. Sertakan hashtag #SenhengKOC dan #IWantRed99. Jangan lupa publickan post korang tu, kalau tak nanti tak dapat nak cari pemenang.

 

[ EZ CREDIT REBATE SEHINGGA 40% ]

Rebat 40%, bagi pembelian menggunakan EZ Credit, setiap pembelian menggunakan EZ kredit akan menerima mata dan mata tersebut boleh disimpan (dalam apps) dan pengguna kemudian boleh tebuskan untuk produk lain di Senheng.

Dalam promosi yang sama, setiap pembelian bernilai minima RM2,000 bakal mendapat hadiah misteri dari Senheng.

[ Menangi iPhone 11 Pro ]

10 unit iPhone 11 Pro ditawarkan oleh Senheng bagi setiap pembelian menggunakan AEON CREDIT EASY PAYMENT (minima RM1,000).

Korang hanya perlu jawab dan isi borang yang disediakan dalam aplikasi Senheng kemudian tunggu lah keputusan diumumkan.

Selain itu, Senheng juga ada promosi besar-besaran untuk barangan yang terpilih. Boleh lihat senarai dibawah untuk senarai barang yang ada promosi. Cepat sebelum habis yer. 

Secara ringkasnya, apa yang kami boleh cakap, sebelum layak sertai mana – mana peraduan atau nak mendapatkan promosi diatas, anda perlu menjadi Ahli PlusOne dahulu. Pembelian boleh dilakukan di mana – mana cawangan Senheng ataupun belian atas talian. 

Promosi akan berlangsung sehingga 29 FEBRUARI 2020 sahaja, senarai penuh barangan dengan promosi  ada di sini : Senarai Barangan Yang Ada Promosi

Destination: