Isu Ramai Rakyat Malaysia Tak Lepas Imigresen Korea Sehingga Dihantar Balik, Dua Individu Ini Berkongsi Tips
TRAVELKebelakangan ini, timbul isu rakyat Malaysia yang sukar untuk memasuki Korea Selatan. Ini kerana, sebahagian rakyat Malaysia yang ke sana pasti akan dihantar pulang semula oleh kerajaan Korea tanpa sebarang sebab.
Seperti yang semua sedia maklum, Korea adalah salah satu negara yang menjadi salah satu pilihan destinasi yang ingin dilawati oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana ramai yang mahu melawati lokasi-lokasi menarik dan mempelajari budaya tempatan yang dilihat di dalam drama mereka.
Isu rakyat Malaysia yang tidak lepas pemeriksaan pihak imigresen Korea sehingga dihantar pulang ini dikongsikan di grup Road To Korea dan platform X oleh sejumlah wargat tempatan yang mana meluahkan mereka dilayan seperti pendatang tanpa izin oleh imigresen di sana meskipun realitinya mereka melancong secara sah.
Susah nak masuk Korea sekarang. Pergi 3 orang, 2 orang kena balik tanpa alasan. pic.twitter.com/zrWOBhnyHC
— Travel Jimat (@TravelJimat) January 22, 2024
Menurut sumber, punca ramai rakyat Malaysia dilayan sebegitu adalah kerana semakin ramai individu dari Malaysia yang datang dan duduk secara haram di negara Korea.
Malah, terdapat juga sindiket pemerdangan manusia yang mengeksploitasi warga tempatan untuk berkerja di ladang sayur dengan janji gaji lumayan.
Disebabkan itu, ramai warga tempatan yang terkesan dan mengganggu segala perancangan yang dibuat untuk melancong di negara itu. Hal ini bukan berlaku kepada solo traveler sahaja, yang menggunakan agen pelancongan juga ditimpa nasib yang sama.
Isu ini menarik perhatian beberapa warga tempatan yang berjaya melepasi imigresen Korea yang kemudiannya berkongsi beberapa tips agar orang ramai boleh jadikan sebagai panduan apabila mahu mendapatkan pengesahan pasport kelak.
Antara tips yang diberi adalah berpakaian kemas dan bergaya agar dilihat sebagai pelancong dan bukannya sebagai imigran yang mahu berkerja di sana. Selain itu, sediakan juga salinan tiket pergi balik (Return Ticket) untuk dijadikan bukti tempoh berada di sana.
Di samping itu, sebaiknya bakal pelancong menyediakan maklumat itinerary, alamat tempat tinggal dan jumlah wang pembelanjaan yang dibawa bagi kegunaan sepanjang percutian (sekurang-kurangnya 800,000 won bersamaan RM2,833) kepada imigresen Korea.
Berkongsi di TikTok, seorang lelaki memberitahu cara atau jalan penyelesaian kepada mereka yang bakal ke Korea agar dapat melepasi pemeriksaan imigresen.
@shurein95 Ramai warga Malaysia kena tahan di imigresen Korea. #korea #malaysia ♬ Once Again - Amsyarleee
Selain lelaki tersebut, seorang individu di X juga berkongsikan tips kepada orang ramai.
I nak share tips untuk lepas immigration korea:
— Nadsco♡ (@nadyhscofield) January 22, 2024
1) duit kena bawak above 800,000 won
2) make sure ada ticket return
3) apply k-eta
4) save alamat accommodations
5) jangan cakap dtg dgn travel agency
6) cakap dtg dgn family and friends
7) muka kena confident https://t.co/XjsTWxDsHH
Sumber: Facebook, TikTok, X & The Vocket