10 Destinasi Percutian Terbaik Dunia 2020 Versi Lonely Planet!
TRAVELKurang dari 3 bulan lagi kita akan melangkah masuk ke tahun baharu 2020.
Pastinya ramai antara korang yang suka travel mesti dah rancang awal-awal destinasi percutian mana nak dilawati pada tahun depan.
Bagi korang yang masih belum ada idea nak bercuti ke mana, jangan risau sebab portal pengembaraan dunia yang popular iaitu Lonely Planet ada menyenaraikan "10 Negara Terbaik Untuk Dilawati Pada Tahun 2020"!
Cadangan destinasi yang dipilih adalah berdasarkan rekomendasi penulis dan editor Lonely Planet sendiri serta influencer di sosial media yang mempunyai pengalaman unik di negara-negara berkenaan.
Jom kita usha senarai '10 Negara Terbaik' itu!
1. BHUTAN
Bhutan adalah sebuah negara kecil di Asia Selatan dan terkenal dengan jolokan "Syurga Himalaya" disebabkan keindahan geografinya yang dikelilingi tanah tinggi menghijau.
Bhutan yang bererti 'Selatan Tibet' sering menjadi pilihan pelancong antarabangsa yang sukakan kelestarian alam semulajadi kerana ia merupakan satu-satunya negara yang negatif karbon di dunia!
Malah, pihak kerajaannya juga menyasarkan untuk menjadikan Bhutan sebagai 'Negara Organik' sepenuhnya menjelang tahun 2020 nanti.
Jadi kalau korang nak travel dengan oksigen dan udara yang bersih, bolehlah berkunjung ke Bhutan!
Video Credit: Lonely Planet
2. ENGLAND
England yang terkenal sebagai kota moden dan canggih, kini turut menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia disebabkan oleh kawasan pesisir pantainya yang tenang serta menakjubkan.
Ramai pelancong yang memilih destinasi ini kerana mereka menemukan kedamaian dengan hanya bersantai di atas tembok-tembok batu yang menahan ombak di pantai sambil menikmati hidangan ringan dan menikmati pemandangan hidupan laut dari kejauhan.
Namun masuk ke tahun 2020, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan pelancong apabila hampir 5,000 kilometer akses laluan baru ke pesisir pantai England akan dibuka kepada umum.
3. MACEDONIA UTARA
Selepas berdekad mengalami krisis politik dengan sempadan Greece, akhirnya negara kecil di tengah-tengah Balkan iaitu Macedonia Utara menjadi sebuah kuasa bebas.
Macedonia Utara yang terkenal di kalangan pelancong asing dengan budaya, tradisi kuno dan keindahan alam semulajadinya menjadi pilihan travel pada tahun 2020 berikutan penambahan laluan penerbangan ke Lake Ohrid yang dilindungi UNESCO serta pembukaan puncak ikonik High Scardus Trail iaitu trek sepanjang 495 kilometer.
4. ARUBA
Aruba ialah sebuah pulau sepanjang 33 kilometer di selatan Laut Carribean dan 27 kilometer di utara Venezuela.
Pulau yang mempunyai iklim kering dan lanskap pokok kaktus itu turut memiliki sebuah pusat budaya San Nicolas di bahagian selatannya yang meriah dan havoc dengan hasil kreatif artis-artis seni jalanan yang menghiasi dinding berwarna-warni.
Bercuti ke Aruba bakal menjanjikan pengalaman yang luar biasa memandangkan negara itu sedang aktif menjalankan usaha sebagai negara yang melaksanakan tenaga yang boleh diperbaharui, mengharamkan penggunaan plastik serta menjadi pelindung kepada kerosakan hidupan karangnya pada tahun 2020.
5. eSWATINI
Mesti ramai antara korang yang tak pernah dengar nama negara eSwatini ni kan?
eSwatini ini merupakan sebuah kerajaan baru yang dahulunya dikenali sebagai Swaziland dan ia merupakan salah satu destinasi yang paling sedikit dikunjungi pelancong di Afrika Selatan.
Namun, selepas ini eSwatini bakal mempunyai sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baru serta infrastruktur jalan yang lebih baik di kawasan-kawasan konservasi hidupan liar bagi kemudahan pelancong luar.
Destinasi ini juga bakal menjadi saingan kepada safari-safari yang terkenal di Afrika Selatan.
6. COSTA RICA
Costa Rica sememangnya menjadi pilihan kepada pelancong yang gemar dengan keindahan dan khazanah biodiversiti yang jarang ditemui di dunia.
Disebabkan itu Costa Rica sering diberi jolokan sebagai 'Syurga Tropika', apatah lagi 90 peratus daripada tenaga di negara itu dicipta daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui dan bakal menjadi salah satu negara yang neutral karbon pertama pada tahun 2020.
Jika melancong ke sini, korang jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman mendaki gunung berapi, menaiki zipline, beryoga dan manjakan diri di spa semulajadinya.
7. BELANDA
Tahun depan, Belanda bakal mengadakan beberapa acara besar bagi meraikan 75 tahun pembebasan negara itu sejak berakhirnya Perang Dunia kedua.
Lokasi tumpuan pastinya di Amsterdam yang mempunyai rangkaian kereta api yang sangat mudah akses dan disarankan untuk korang berkunjung ke sini adalah sekitar bulan April dan Mei tahun depan.
Selain menggunakan perkhidmatan kereta api, korang juga boleh meneroka bandar-bandar kecil di Belanda dengan menunggang basikal kerana disediakan sejauh lebih 35,000 kilometer laluan berbasikal seperti untuk ke Tapak Warisan Dunia Unesco, Laut Wadden.
8. LIBERIA
Bagi kebanyakan orang luar, Liberia mungkin kedengaran sedikit misteri.
Namun negara itu sebenarnya memiliki keajaiban alam semulajadi yang cukup luar biasa seperti pantai yang indah, port surfing terbaik di Afrika Barat dan Sapo National Park iaitu kawasan hutan hujan utama kedua terbesar di Afrika Barat.
Menariknya, pada tahun 2020 khazanah semulajadi Liberia bakal lebih terjamin daripada semua aktiviti penebangan hutan selepas negara itu menandatangani perjanjian persefahaman dengan Norway.
9. MOROCCO
Morocco atau Maghribi sememangnya menjadi destinas impian di kalangan pelancong dari seluruh pelosok dunia.
Namun pada tahun 2020, negara yang popular dengan sajian, budaya dan tarikan eksotik ini bakal menawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelancong seperti akses jalan raya, kereta api berkelajuan tinggi yang pertama di Afrika bermakna bahawa anda boleh mengembara dari Casablanca ke Tangier hanya dalam tempoh 2 jam.
Malah kemeriahan dan warisan yang ada di Fez, Essaouira, Meknes, Tetouan dan Marrakesh juga membuatkan mereka bakal dinobatkan sebagai Modal Kebudayaan Afrika pertama pada tahun 2020.
10. URUGUAY
Bagi siapa yang belum lengkap lagi senarai destinasi kembara di seluruh Amerika Selatan, mungkin Uruguay boleh korang lawati untuk penuhinya pada tahun 2020.
Ini kerana pada tahun depan, Uruguay bakal mempromosikan industri pelancongan yang lebih mampan dengan tawaran keindahan lanskap semualajadi negaranya dari garisan pantai Atlantik yang panjang sejauh 660 kilometer hingga ke kawasan sumber mata air panas untuk dilawati.
Dijamin korang bakal terpesona bila bercuti ke sini!
Sumber: Lonely Planet