Percutian Penuh Fantasi di Nusakuya Resort Semporna Sabah

TRAVEL
September 01, 2020 - 05:12 PM


Bila pergi ke Sabah, mesti kebanyakan percutian di kawasan sekitar laut. Sabah yang terkenal dengan keunikan hidupan laut dan juga pemandangan air laut biru yang sangat jernih. Sabah yang juga telah menempa nama di persada dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Secara khususnya di Sabah, iaitu Semporna yang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menerima kunjungan yang tertinggi oleh pengunjung tempatan mahupun luar.

Sumber: @pekidasemporna

Apabila anda datang bercuti di Semporna, anda boleh menempah Nusakuya Resort sebagai tempat penginapan anda yang ideal. Apa yang ‘special’ dengan tempat ini?

Resort ini sangat istimewa kerana kedudukan biliknya yang terletak di atas air laut. Jadi apabila anda menginap di sini, bangun je dari tido boleh terus terjun ke laut.

Selain itu, dekorasi resortnya yang direka sangat menarik. Setiap bilik di situ juga dilengkapi dengan kelengkapan bilik yang cantik dan kemas.

sumber: twitter Ayuh Travel

Perkara yang membuatkan resort ini istimewa adalah lokasinya itu. Pembinaan resort atas air membuatkan ramai yang terpikat dengan keindahan pemandangan laut yang cantik.

Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan di sini sebagai langkah untuk membantu ekonomi pelancongan domestik. Jom kita pergi ke sini untuk menikmati keindahan laut di Semporna sementara masih ada promosi dalam waktu yang terdekat ini.

Destination: